Menyedari tentang kepentingan penjagaan kebersihaan dan kesihatan mulut dari peringkat awal pengenalan hidup, jenama pengeluar rangkaian produk penjagaan kesihatan khusus untuk ibu dan anak, BUDS begitu komited untuk mengetengahkan medium penggunaan ubat gigi yang berasaskan ramuan organik dalam kalangan bayi dan kanak-kanak seawal 0-12 tahun.
Memberikan pilihan yang dijamin selamat kepada para ibu bapa masa kini, BUDS baru sahaja melancarkan ubat gigi Buds Oralcare Organics yang telah disahkan oleh ECOCERT iaitu salah sebuah badan organisasi pensijilan organik terbesar di dunia.
Buds Oralcare Organics ini nyata bebas dari sebarang pengawet, lembut, selamat dan efektif untuk kegunaan harian kanak-kanak di peringkat umur 3-12 tahun mahupun bayi yang sedang tumbuh gigi kerana ia tidak mengandungi sodium lauril sulfat, pemanis tiruan, perisa tiruan, pewarna atau sebagai kimia yang berbahaya untuk ditelan.
Bukan itu sahaja, kandungan Fluorida dan Xilitol semula jadi yang diperkaya dalam ubat gigi Buds Oralcare Organics ini sebenarnya mampu menyokong pertumbuhan gigi yang sihat serta melawan masalah kaviti (gigi berlubang) kanak-kanak dengan berkesan.
Ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak mereka yang berusia 1-3 tahun menggunakan Buds Oralcare Organics yang mengandungi Xilitol manakala Buds Oralcare Organics dengan khasiat Fluorida pula adalah untuk kanak-kanak 3-12 tahun. Kedua-dua rangkaian pilihan ini terdiri daripada empat (4) perisa buah-buahan enak termasuk Strawberi, Blackcurrent, Epal Hijau dan Pudina.
Istimewa untuk pengguna bayi yang berusia 0-1 tahun, Buds Baby Oral Gel, dirumus khas dengan kadungan jus daun lidah buaya (Aloe Vera) itu sememangnya mampu memberi kesegaran kepada gusi mereka yang masih lembut berserta kandungan Xilitol yang bisa melindungi gigi yang baru tumbuh.
Untuk pengetahuan anda lagi, perisa yang digunakan adalah berasaskan minyak pati sebenar dan bukannya perisa tiruan seperti jenama ubat gigi kanak-kanak yang lain.
Buds Oralcare Organics Oral Gel untuk Bayi (30ml): RM29.90, Buds Oralcare Organics With Xylitol untuk 1-3 tahun (50ml): RM32.90 dan Buds Oralcare Organics With Fluorida untuk 3-12 tahun (50ml): RM32.90 seunit.
Untuk keterangan lanjut, sila layari budsbaby.com.