REFLECTION adalah koleksi terbaharu untuk kasut, tas tangan dan aksesori yang baru sahaja dilancarkan dan direka khas oleh jenama fesyen terkemuka berasal dari Thailand, LYN.
Selain begitu komited untuk membawakan suatu pembaharuan yang eksklusif, ianya pasti bisa menerapkan elemen seksi bersempena musim Bunga/Panas 2016 ini.
Untuk koleksi musim ini, LYN cuba mengetengahkan rekaan kasut yang berperincian renda, sulaman manik, rambu-ramba serta sedikit sentuhan metalik! Khas buat anda si wanita yang gemarkan gaya mewah, RELECTION ada menawarkan pelbagai aksesori yang bisa melengkapkan gaya feminin serta sofistikated anda!
Setiap satu rekaan yang terdiri daripada beg tangan berpotongan moden dan kompak, serta kasut tinggi yang bertumit tebal, semuanya mempunyai keistimewaan tersendiri dan tampak unik bersahaja.
Ayuh serlahkan gaya kewanitaan menggoda anda dengan koleksi LYN hari ini! Orang di sekeliling anda pasti teruja melihat gaya anda!
Kesemua koleksi terkini dari LYN untuk musim Bunga/Panas 2016 boleh didapati di semua cawangan butik LYN seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.lynaccs.com atau lawati laman Facebook LYN Malaysia di www.facebook.com/lynmalaysiaofficial mahupun Instagram www.instagram.com/lyn_malaysia