Sekarang ini ada banyak cara untuk kita ‘tutup’ atau kecutkan jerawat dengan cepat. Selain daripada menggunakan gel jerawat, Miss Murai lebih suka guna acne patch kerana ia lebih berkesan.
Malah kamu tak perlu beri perhatian lebih kepadanya. Cukup lekatkan acne patch tersebut sebanyak sekali dua setiap hari. Hasilnya jerawat kamu akan cepat jadi kecut dan paling penting tiada bekas parut selepas itu!
Berikut Miss Murai kongsikan jenama acne patch yang best dan sangat berkesan untuk kamu cuba!
- Foto – Pinterest
Kalau kamu suka bersolek, acne patch ini sesuai dipakai bersama kerana ia tidak akan buatkan jerawat jadi lebih teruk dan kesan luka jerawat akan diserap dengan baik.
- Foto – Pinterest
Nasihat Miss Murai, kalau nak pakai acne patch ini pastikan wajah tiada solekan. Pakainya selepas menggunakan produk penjagaan wajah dan hanya di atas struktur kulit yang bermasalah sahaja.
- Foto – Pinterest
Yang best tentang acne patch ini, ianya ada minyak bija dan salisylic acid. Fungsinya adalah berikan perlindungan yang kuat sambil menangani masalah kemerahan di wajah.
- Foto – Pinterest
Untuk guna acne patch ini, pastikan kamu tak pakai sebarang produk penjagaan wajah sebelumnya. Ini kerana lekatannya mungkin akan jadi kurang efektif dan mudah tertanggal.
- Foto – Pinterest
Antara kegemaran Miss Murai, acne patch jenama ini mengandungi minyak calendula yang berfungsi untuk menenangkan kulit. Bukan itu saja, bahan Carbosymethyl Cellulose (CMC) dalam acne patch ini juga bagus untuk menyerap nanah dalam jerawat.
Selamat mencuba!