Kamu stress makin berusia, timbul garis penuaan dan jeragat?
Siapalah yang tak risau dan tertekan bukan, apatah lagi makin berumur makin mudah untuk masalah berkaitan kulit muka timbul.
Tapi jangan risau kerana setiap masalah kulit muka yang muncul boleh ditangani dengan penggunaan essence dan serum pada setiap malam. nak tahu produk apa yang Miss Murai maksudkan, jom semak di bawah.
Advanced Snail 96 Mucin Power Essence
Selepas langkah toner, kamu ambil essence snail mucin yang memang holy grail.
Produk magik dengan pati lendir siput yang luar biasa mampu menyerap ke dalam kulit untuk memberikan cahaya semula jadi, menenangkan kulit yang kemerahan, sensitif akibat jerawat dan menambah kelembapan. Dengan penggunaan harian yang konsisten, kamu akan melihat perbezaan ketara pada kulit.
Axis-Y Dark Spot Correcting Glow Serum
Satu lagi produk hype di media sosial banyak disebut adalah Axis-Y Dark Spot Correcting Glow Serum. Rata-rata menyukainya kerana betul-betul berkesan dalam merawat masalah kulit sensitif.
Axis-Y Dark Spot Corrector Glow Serum adalah ringan mengandungi 5% niacinamide yang membantu mencerahkan bintik-bintik gelap dan hiperpigmentasi, meninggalkan kulit yang terhidrat dan bercahaya.
Cuba masukkan produk ini dalam rutin kecantikan harian kamu, dan lihat perubahannya. Rata-rata mengakui perubahan pada kulit mereka, yang lebih bersih, jelas, bersinar-sinar, bahkan tona kulit lebih sekata, liang pori juga makin mengecil.