“Setiap hari buat kerja dapur, basuh pinggan mangkuk… jadi kering tangan aku sampaikan mengelupas.”
Bila tangan kering, ia nampak kasar, berkedut dan tak cantik dipandang. Kita cuba menggunakan pelembap terbaik sebelum tidur tapi masih tidak cukup. Berikut ada beberapa helah lain yang dapat membantu anda para wanita.
Rendam tangan anda dengan oat dan minyak biji bunga matahari
Minyak biji bunga matahari telah terbukti dapat menghidrat dan meremajakan kulit kering dan pecah-pecah. Sama ada digunakan sebagai bahan pelembap atau dengan sendirinya, ia mempunyai kemampuan untuk melindungi kulit dari kering, dan oat juga mempunyai kelebihan yang hampir sama.
- Foto – Healthline
Anda hanya perlu lakukan ialah mencampurkan beberapa gandum yang dimasak atau mentah dengan beberapa titis minyak biji bunga matahari dan sapukan campuran tersebut ke kulit anda.
Sapukan madu tulen
Madu manuka didapati mempunyai banyak sifat antibakteria dan antioksidan. Kita dapat manfaatkan pada kulit kering dan pecah-pecah.
- Foto – Addis
Ia membersihkan dan membasmi kuman kawasan yang kering dan kemudian merangsang sistem imun untuk mula membina semula tisu yang rosak.
Sapu jeli petroleum dan pakai sarung tangan semalaman
- Foto – Business Insider
Jeli petroleum seperti vaseline baik untuk merawat dan menghidrat kulit. Apa yang boleh anda lakukan ialah menggunakan vaseline pada tangan pada waktu malam dan pakai sarung tangan – digunakan untuk menjaga agar vaseline tidak tersentuh, biarkan semalaman.
Buat avocado mask
Avocado mempunyai sifat melembap dan mengandungi banyak vitamin. Campurkan setengah avocado matang dengan 1 sudu teh minyak kelapa, 1 sudu teh minyak jojoba, dan setengah sudu teh jus lemon dapat menyelamatkan tangan kering anda.
- Foto – Waxing Kara
Anda boleh menggunakan mask pada tangan anda selama 10-15 minit. Setelah 15 minit berlalu, bersihkan mask dengan air suam.
Ambil produk mengandungi vitamin B3
Sama ada anda mengambil makanan yang kaya dengan vitamin B3 atau menggunakan produk penjagaan kulit yang mengandungi niacinamide, vitamin ini akan meningkatkan penghidratan kulit anda. Anda akan melihat bahawa kulit anda lebih halus dan lebih kencang.
- Foto – Place
Ahli dermatologi kata B3 membantu menguatkan penghalang kulit dan mengekalkan kelembapannya lebih lama.
Jikalau guna losyen masih tidak mendatangkan perubahan, pertimbangkan petua dan tips di atas sedikit bagi mendapatkan tangan yang lembut dan cantik.
Selepas ini, tiadalah lagi orang kata tangan kamu kasar! Selamat beramal.