3 senaman ini boleh buat di rumah sahaja!
Benar ada hari kita akan jadi down dan tiada kudrat untuk melakukan aktiviti harian. Ditambah pula dengan beban tekanan di tempat kerja. Perasaan menyampah, geram dan marah sudah meluap-luap didalam dada. Tunggu masa sahaja untuk lepaskan. Namun apakan daya, kita tidak boleh menjadi melepaskan amarah begitu sahaja.
Menariknya dari perkongsing pempengaruh kesihatan @emiwong_ di Instagram mengajar kita untuk mengubah teknik senaman mudah ini. Jika tiga aktiviti ini dianggap lebih ‘serius’, Emi Wong menambah twist dengan cara melampias rasa negatif dengan cara bersenaman.
3 senaman mudah seperti jumping jacks, high knees dan planks kadang-kala membosankan. Ia boleh buat motivasi bersenam lebih menurun. Jadi Emi Wong mengubah ia dengan tamparan, tendangan dan tumbukan. Barulah senaman ini membawa segala jiwa dan emosi kamu bersama! Bayangkan sahaja wajah-wajah manusia yang buat kamu geram. Lebih menguntungkan senaman begini bukan sahaja menaikkan hormon kegembiraan. Malah, membaik pulih aliran darah, pergerakan otot serta penghadaman.
Simpan artikel ini untuk rujukan masa hadapan. Selamat mencuba!