Tahniah Syasya dan suami!
Akhirnya persoalan mengenai pengunduran ahli kumpulan DOLLA iaitu Syasya Rizal sudah terjawab. Pada Sabtu lepas, Syasya dikhabarkan telah bernikah dengan jejaka pilihannya.
Tampil dalam busana serba putih, Syasya memuat naik beberapa keping gambarnya bersama suami ketika majlis akad nikah mereka. Tak dinafikan penampilan bertudung Syasya itu membuatkan penyanyi ini nampak sangat berseri-seri dan manis!
Syasya telah memakai sepasang baju kebaya putih; di mana bahagian bawah bajunya dan hujung tangan diperincikan dengan sulaman labuci. Tudungnya pula daripada jenama Ariana.
Solekan simple yang dikenakannya telah enhancefeature wajahnya dan menaikkan serinya sebagai seorang pengantin.
Tahniah sekali lagi dan selamat pengantin baru Syasya Rizal dan suami!