Rasa tak confident kalau dahi luas jendul begini…
Miss Murai percaya ramai yang kurang yakin dengan penampilan wajah dan rambut apabila dilabel sebagai dahi jendul atau luas. Lebih lagi mereka yang mahu mengubah stail rambut yang lain dari kebiasaan. Jadi bangs sudah menjadi signature kamu untuk menutup ‘kelemahan’ tersebut. Namun pada masa yang sama mahu beri sesuatu yang lebih segar pada gaya rambut.
Aktres Dakota Johnson antara yang memiliki bentuk dahi menonjol dan luas. Dari pemerhatian Miss Murai, Dakota jarang sekali mendedahkan bahagian dahi dan cukup selesa dengan juraian bangs. Manakala penyanyi pop Rihanna lebih berani dengan bentuk dahinya. Apa pun untuk tips kali ini kita ikuti gaya Dakota Johnson. Ia lebih praktikal, gaya rambut yang mudah diurs dan sesuai untuk stail setiap hari.
Messy bob
Jangan rungsing fasal dahi sampai lupa ukuran rambut juga boleh mengubah keseluruhan wajah kamu. Potongan bob paras bahu dan sedikit sentuhan kerinting mampu menyerlahkan sisi keremajaan.
Bangs belah dua
Stail yang cukup sinonim dengan Dakota Johnson. Bangs dengan belahan seperti ini membuatkan wajah lebih lembut dan romantis. Ia sesuai untuk gaya rambut lepas, sanggul atau ikatan pony tail. Tak lupa juga dengan hair curtains yang membantu wajah tampak kecil.
Bangs pendek
Potongan bangs yang pendek atas kening membuatkan gaya rambut tampak moden dan rock. Kalau kamu sudah biasa dengan bangs yang panjang, cubalah potongan pendek begini. Cuma nasihat Miss Murai buat di salun ya!
Soft, long bangs
Antara gaya rambut yang paling popular dan cukup cantik untuk Dakota Jonhson. Saiz bangs dan juraian hair curtains pada bahagian sisi wajah cukup rapi namun bersahaja. Bagi mereka yang mempunyai wajah bujur atau lonjong ini gaya yang paling molek sekali.
Nampak ringkas dan effortless sahaja bukan? Selamat mencuba.