Bila sakit kepala hingga terjadinya migrain, memang satu kerja pun tak boleh siap. Sakit migrain ini sebenarnya tak boleh dibuat main kerana ia boleh menjejaskan kehidupan seharian kamu.
Apabila ia menyerang, ada yang akan cuba berehat untuk meredakan sakit kepala tersebut. Ada yang akan makan ubat, dan ada juga yang akan cuba petua yang diajar oleh orang tua. Bagi Miss Murai, kalau nak hilangkan migrain ini senang je.
Miss Murai akan lakukan satu petua orang dulu-dulu hilangkan sakit kepala. Guna bahan di dapur sahaja iaitu air rendaman asam keping. Selain hilang sakit kepala, hilang jugalah berat badan kamu. Jom baca perkongsian di bawah!
Petua Air Asam Keping Untuk Hilangkan Migrain & Berat Badan!
Berkongsi pautan yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook, Sahiza Mohd mendedahkan sakit kepala yang teruk atau migrain boleh dihilangkan di rumah dengan mudah. Caranya adalah dengan minum air rendaman asam keping selama 2 minggu, sakit kepala akan hilang dengan serta merta.
- Foto – Sahiza Mohd (Facebook)
“Patutlah orang dulu-dulu selalu amal benda ini sebab bagus untuk kerja di bawah matahari tak rasa panas kepala. Yang perut buncit akan jadi kempis. Badan pun rasa segar saja.”
Tambahnya bukan sahaja masalah sakit kepala dapat diselesaikan, malah berat badannya juga turun dengan mendadak.
- Foto – Sahiza Mohd (Facebook)
Untuk menyediakan air rendaman asam keping, kamu hanya perlu rendamkan setengah asam keping bersama air panas semalam. Minum air rendaman tersebut selepas bangun tidur atau sebelum bersarapan.
Nasihat Miss Murai, cuba amalkan dalam masa 2-3 minggu dan lihat keberkesannya. Selamat beramal!