Bagi kebanyakan orang, kopi adalah minuman yang wajib bagi mereka yang mahu menambah tenaga dan mulakan hari dengan lebih bersemangat.
Tetapi kalau kamu nak tahu, tak semua orang boleh minum kopi walaupun minuman tersebut sebenarnya boleh mengurangkan beberapa risiko penyakit (jika diambil tanpa gula).
Jika golongan ini tetap minum kopi walaupun tidak digalakkan, ia boleh mendatangkan beberapa kesan buruk pada kesihatan badan mereka.
Nak tahu siapakah individu yang tak boleh minum kopi seperti orang lain? Semak di bawah untuk tahu adakah kamu juga tergolong atau tidak.
1. Individu dengan GERD
- Foto – Health Digest
Kafein dalam secawan kopi boleh menyebabkan asid perut berulang kali memasuki esofagus dan menyebabkan gejala GERD yang tidak selesa. Jika kamu menghidapi GERD, tukar dari kopi kepada minuman lain yang tidak mengandungi kafein seperti jus.
2. Individu yang memiliki IBS
Dipetik daripada Eat This, Not That, pakar makanan dan diet iaitu Angel Planells memberitahu pengambilan kafein dapat membuatkan sesetangah individu membuang air besar dengan lebih kerap hingga cirit-birit.
- Foto – Enbiosis
Situasi ini menjadi lebih teruk jika individu tersebut mempunyai IBS (Irritable Bowel Syndrome) atau usus yang sensitif. Jadi nasihat Miss Murai, individu yang memiliki IBS lebih digalakkan untuk elak mengambil kopi.
3. Penghidap gangguan cemas
Tak ramai yang tahu, pengambilan kafein seperti kopi boleh memburukkan lagi kebimbangan dalam dalam diri sesetengah individu. Berdasarkan kajian, pengambilan kafein boleh menyebabkan serangan panik yang teruk bagi mereka yang mengalami kebimbangan.
4. Wanita yang hamil dan menyusu
Untuk wanita yang hamil dan menyusukan anak, Miss Murai tak sarankan untuk kamu ambil kopi.
- Foto – The Conversation
Ada beberapa kajian yang mencadangkan wanita hamil dan menyusukan anak yang mahu mengambil kopi, mereka perlu pastikan jumlah pengambilan kafein perlu kurang daripada 200mg sehari. Apa-apa pun dapatkan nasihat daripada doktor.
5. Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun
Penting untuk kamu tahu, kanak-kanak merupakan antara golongan yang tidak boleh mengambil kafein. Jika kamu beri pada mereka, ia boleh menyebabkan peningkatan kadar denyutan jantung, peningkatan perasaan bimbang, ceoat hilang fokus dan sakit perut.
6. Individu yang mengalami gangguan tidur
Golongan yang ‘dilarang’ keras untuk tidak mengambil kopi adalah individu yang mengalami masalah gangguan tidur. Jika terambil juga, ia boleh menganggu pola tidur dan membuatkan badan kamu letih sepanjang hari.
7. Individu yang mengalami penyakit jantung
- Foto – NDTV
Mereka yang alami penyakit jantung atau artimia, tidak digalakkan untuk mengambil kopi. Ini kerana kandungan kafein dalam kopi boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah dan detak jantung.
Nak minum kopi boleh, tapi biar berpada-pada okay? Semoga bermanfaat!