Bila ada face palette, tak payah bawa banyak beg dah!
Waktu mengemas beg pakaian dan keperluan sebelum bercuti atau pulang ke kampung paling merungsingkan bukan? Risau kalau ada sahaja barang yang tertinggal. Terutamanya barang kecil-kecil seperti produk mekap atau penjagaan wajah. Buatnya tertinggal memang hilang mood untuk bercuti. Apatah lagi jika kamu memang suka bersiap lengkap dengan wajah bersolek.
Jadi kamu kena ada satu face palette yang lengkap dengan blusher, eyeshadow, contour mahupun lipstik. Bayangkan dalam satu palette kamu boleh hasilkan pelbagai look atau kekal dengan wajah solekan mekap natural. Ya, dulu memang kebanyakan produk face palette dari jenama luar. Jangan terkejut sekarang sudah banyak pilihan produk face palette dari industri mekap tempatan.
Malah kualiti, pilihan rona dan warna juga amat cocok dengan pengguna di Malaysia. Apa yang paling penting harganya berbaloi. Jadi tunggu apa lagi mari piliha face palette jenama lokal pilihan Miss Murai;
Carya Cosmetic
Jenama face palette yang paling OG di Malaysia! Carya Cosmetic kini mempunyai pelbagai koleksi face palette buat peminat jenama mereka. Malah, selebriti seperti Nabila Razali, Amyra Rosli dan ramai lagi pempengaruh kecantikan menjadi pengguna setia mereka. Kit face palette ini memang sempurna untuk buat solekan mata, bibir, wajah dan ia lengkap bersama berus dan cermin. Pilihan Miss Murai dari Carya Cosmetic ialah Carya Cosmetics HQ Golden Shine Makeup Kit.
- Carya Cosmetics HQ Golden Shine Makeup Kit [RM90]
Mawarose
Jenama Mawarose rupanya milik selebriti cantik molek Mawar Rashid. Baru-baru ini Mawarose melancarkan Mawarose Neutrals Face Palette iaitu satu palette lengkap dengan eyeshadow, blusher, highlighter, contour yang high-pigmented. Menariknya pilihan rona neutrals ciri terbaik sesuai untuk apa jua warna kulit pengguna di Malaysia. Miss Murai paling berkenan dengan dua tekstur kilatan Pearly dan Luxe.
- Mawarose Neutrals Face Palette [RM59]
Obsess Cosmetics
Face palatte dari Obsess Cosmetic direka untuk solekan ketika travel. Ia mempunyai pilihan rona pembayang mata natural untuk pelbagai gaya solekan ringkas. Malah kit kompak ini lengkap bersama pemerah pipi dan highlighter yang cukup mempesona. Menariknya kita ini boleh dilipat untuk menjimatkan ruang beg kamu.
- Obsess Cosmetics Eyeshadow Palette Travel Edition All in 1 [RM39.90]
Fazs Faozi Beaute
Antara jenama dari jurusolek profesional terkenal Fazs Faozi. Face palette serba ringkas ini cukup dengan dua pilihan matte dan shimmer untuk pembayang mata. Kemudian disediakan pemerah pipi, highlighter dan bronzer bagi melengkap sudut wajah kamu. Kualiti produk amat mudah untuk pengguna blend dan mereka look samada natural atau glamor.
- Fazs Faozi Beaute Perfect Please Palette [RM79]
Kina Beauty
Gabungan Kina Beauty bersama pempengaruh TikTok, Dahlia Rizal. Walaupun face palette ini hanya mempunyai tiga kombinasi highlighter, blusher dan bronzer. Kamu masih boleh mencipta pembayang mata ringkas dengan ketiga-tiga produk ini. Warna blusher dan bronzer sesuai untuk semua rona kulit pengguna dan ia mampu membangkitkan seri wajah tanpa berlebihan.
- KINA X DAHLIA PALLETE 3in1 [RM49]
Selamat mencuba!