Lip gloss jernih boleh jimatkan duit lagi!
Mungkin ramai yang memandang rendah dengan lip gloss warna jernih begini. Mana tidaknya ia sekadar memberi manfaat melembab dan kesan mungil pada bibir. Kalau kamu masih fikir sebegitu agak merugikan. Lip gloss jernih rupanya satu item rahsia untuk jurusolek profesional. Ia mempunyai pelbagai fungsi kecemasan untuk bahagian rona bibir serta pemerah pipi.
Menurut @paintedbyspencer, dengan satu lip gloss jernih yang bagus. Kamu boleh jadikan pelbagai rona lip gloss yang lain. Sebagai contoh calit sahaja liquid lip kegemaran kamu pada tangan dan kemudian tambah lip gloss jernih. Satukan keduanya sehingga mendapat warna dan tekstur yang kamu mahukan.
Malah, lip gloss jernih begini juga boleh dijadikan sebagai pembayang mata yang berkilau atau wet makeup look. Jadi lip gloss jernih boleh memberi formula yang baharu untuk warna lipstik kegemaran kamu. Ini tiga lip gloss jernih cadangan Miss Murai;
- Sephora Collection Glossed Lip Gloss 01 Boss (Pure Finish) [RM65]
- ROMAND Mini Glasting Water Gloss 06 Clear Jelly [RM39.90]
- essence Extreme Shine Volume Lipgloss 01 Crystal Clear [RM18.30]
Selamat mencuba!