Dua bintang bergabung untuk jenama ikonik Versace!
Apa lagi Miss Murai boleh katakan, pilihan Donatella Versace kali ini memang cukup padan. Anne Hathaway dan Cillian Murphy bakal menghias kempen fesyen mewah Itali ini untuk musim akan datang. Mereka dikenali sebagai Versace Icons iaitu sebagai membawa aura serta visi dan misi Versace.
Anne Hathaway seperti kita tahu sering mengayakan himpunan koleksi Versace di karpet merah dan Met Gala. Beliau amat serasi dengan keanggunan dan gaya berkelas tinggi untuk Versace Women. Menurut Donatella sendiri, Anne sememangnya mempunyai nilai Versace pada citarasa fesyennya. Dari pandangan Miss Murai juga Anne mampu menghidupkan sifat galak, berani dan sensual pada wanita Versace. Malah kegirangan corak dan seksi ikon Medusa juga sepadan dengan Anne Hathaway.
Manakala untuk Cillian Murphy pula Miss Murai amat tidak menyangka sekali. Sememangnya raut wajah maskulin dan unik Cillian berjaya mendamba rumah fesyen mewah ini. Aktor Oppenheimer ini langsung bertemu jodoh bersama Versace ketika menggayakan tuksedo Atelier Versace ketika menghadiri Oscar bulan lalu. Semenjak itu, Donatella percaya Cillian Murphy ialah Versace Men yang klasik, budiman dan tegas.
Malah bagi Miss Murai pula, memilih Cillian mengangkat Versace sebagai mod quiet luxury. Ia suatu era yang baharu dan magikal untuk Versace sesuai dengan citarasa fesyen sekarang yang lebih minimalis.
Miss Murai teruja untuk melihat gambar-gambar kempen baharu Versace akan datang. Tahniah buat Anne Hathaway dan Cillian Murphy atas projek fesyen bersama Versace!