‘Chef kiss’ kepada keluaran Fenty Beauty kali ini!
Tak boleh disangkal lagi, pada masa ini Miss Murai yakin semua orang tahu betapa hebat dan menakjubkan jenama kecantikan Rihanna iaitu Fenty Beauty.
Selepas dilancarkan pada tahun 2017, jenama ini memastikan setiap produknya direka dengan teliti supaya ia sesuai dengan semua jenis kulit. Dan pelancaran produk terbaru kali ini tidak ada bezanya!
Memperkenalkan highlighter terbaru yang direka khas untuk semua jenis warna kulit; Demi’Glow Light Diffusing Highlighter Edisi Terhad ini dikeluarkan dalam sembilan warna rona kulit.
Demi’Glow Light Diffusing Highlighter Edisi Terhad
Menariknya tentang keluaran terbaru ini, Demi’Glow Light Diffusing Highlighter berfungsi untuk memberikan efek soft glow pada setiap tona kulit yang menggunakannya.
- Foto – Fenty Beauty
Sesuai dipakai setiap hari, Demi’Glow Light Diffusing Highlighter yang diselitkan dengan Butterfly Lavender Extract ini dapat membantu mengurangkan penampilan garis halus dan kedutan. Teksturnya yang lembut seperti bulu, memberikan glow yang kamu perlukan tanpa menggangu solekan.
Tips Cari Shade Yang Tepat Dengan Tona Kulit Wajah
Mudah sahaja jika kamu mahu memilih shade Demi’Glow Light Diffusing Highlighter yang sesuai dan tepat dengan tona kulit kamu. Caranya adalah:
- Foto – Fenty Beauty
- Tip 1: Kamu boleh tahu shade highlighter yang tepat berdasarkan shade foundation Fenty Beauty Pro Filt’r.
- Tip 2: Jika tidak tahu shade foundation Fenty Beauty Pro Filt’r yang sesuai dengan tona kulit, kamu boleh mulakan dengan julat shade tona kulit kamu (Light, Medium-Light, Medium-Deep, Deep)
- Tip 3: Selepas tahu shade tona kulit, gunakan undertone (Warm, Neutral, Cool) kamu sebagai panduan untuk mencari shade Demi’Glow Light Diffusing Highlighter yang tepat.
Cara menggunakan Demi’Glow Light Diffusing Highlighter dengan betul:
- Foto – Fenty Beauty
- Tahu di bahagian wajah yang mana kamu mahu menyapu highlighter.
- Kemudian menggunakan NEW! Precision Highlighter Brush 135, sapukan highlighter tersebut di bahagian wajah, di mana cahaya jatuh secara semula jadi.
- Cukup hanya satu sapuan, wajah kamu akan kekal glow sepanjang hari tanpa gangguan.
Boleh didapati di kedai atau web SEPHORA, Demi’Glow Light Diffusing Highlighter Edisi Terhad ini dijual pada harga RM195, manakala NEW! Precision Highlighter Brush 135 pula berharga RM160.
Happy shopping!