Mungkin nak tukar skincare atau rutin kecantikan sudah tak sempat memandangkan Hari Raya hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Kalau kamu nak cantik secara ekspress, Miss Murai ada solusinya.
Nak kulit cantik, sihat dan glowing menjelma Hari Raya nanti, Miss Murai sarankan untuk kamu mengambil beberapa suplemen yang sesuai bermula daripada sekarang.
Psst… Pastikan kamu ambil suplemen yang betul mengikut keperluan dan lebih baik dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu ye!
Antara suplemen yang boleh kamu ambil untuk dapatkan kesan kulit yang cantik dan glowing dalam masa yang singkat adalah;
1. Kinohimitsu Collagen Beauty
Menjadi kegemaran ramai, Kinohimitsu Collagen Beauty ini menampilkan beberapa bahan seperti:
- Foto – Kinohimitsu
- Malic Acid dan Vitamin C untuk menjadikan kulit lebih sihat serta mengurangkan pigmentasi
- Kandungan kolagen sebanyak 2500mg dalam setiap hidangan dapat membantu melembapkan kulit sehingga 20 jam
2. Kinohimitsu Diamond Collagen
Bagi mereka yang mengalami tanda-tanda awal penuaan, suplemen ini adalah pilihan terbaik untuk kamu kerana:
- Foto – Kinohimitsu
- Kandungan 5300mg collagen peptide yang direka khusus untuk memulihkan dan meremajakan kulit
- Jus laici dan Perilla Seed dapat mencantikkan kulit wajah, menegangkan payudara dan punggung, serta mengekalkan bentuk badan yang lebih menarik.
3. Blackmores Omega-3 Fish Oil 1000mg
Kegemaran Miss Murai, suplemen minyak ikan mengandungi banyak kebaikan kepada badan seperti kesihatan jantung terjamin, badan menjadi lebih bertenaga dan kulit semakin berseri. Dalam suplemen ini, ada beberapa bahan yang menarik seperti:
- Foto – Sunway Multicare Pharmacy
- Mengandungi asid lemak Omega-3 marin, EPA, DHA dan Vitamin E sebagai alternatif bagi mereka yang tak makan ikan secara berkala
- Minyak ikan diekstrak 100% yang bebas daripada merkuri, dioksin dan PCB.
4. Swisse Collagen Glow With Collagen Peptides
Suplemen Swisse Collagen Glow With Collagen Peptides ini mengandungi:
- Foto – Swisse
- Peptide kolagen yang penting untuk matriks kulit dan mengurangkan tanda-tanda awal penuaan
- Biji anggur, co-enzim Q10 dan Vitamin E untuk kurangkan kerosakan radikal bebas pada sel dalam badan
- Vitamin C pula dapat mengekalkan kulit yang sihat, tegang, anjal dan menyokong pembaikan kulit dari dalam
Masih sempat lagi kalau kamu nak ambil suplemen daripada sekarang. Selamat mencuba!