Tanyalah pada mana-mana wanita, selain baju kurung yang lengkap, aksesori seperti beg tangan juga menjadi keutamaan mereka apabila mahu menyambut Hari Raya. Jika tiada beg tangan, perayaan tersebut rasa tak lengkap tau.
Dan bukan selalu kita nak melaram sakan di Hari Raya. Jadi tak salah kalau kamu dapatkan beg tangan yang menjadi idaman untuk bergaya nanti.
Dan bagi Miss Murai, beg tangan yang sesuai untuk kamu gayakan pada Hari Raya ini semestinya koleksi Grace daripada kate spade. Kalau kamu nak tahu, koleksi Grace ini menampilkan pelbagai warna terang yang sangat comel.
Nak tahu lebih lanjut, scroll perkongsian Miss Murai sampai habis ye!
Gaya Lebih Chic & Fun Di Hari Raya Dengan Koleksi Grace
Tersedia dalam pilihan shoulder bag dan satchel bag, koleksi Grace ini menampilkan garis minimalis yang bersih dengan pemegang yang berbentuk bulat.
- Foto – kate spade
Direka dalam kulit yang licin, koleksi ini mempunyai bahagian yang sama berstruktur, sesuai untuk digayakan dalam apa jua situasi sama ada majlis rumah terbuka, berkunjung ke rumah sanak saudara dan sebagainya.
- Foto – kate spade
Mencerminkan keanggunan dan keindahan, koleksi Grace ini dikeluarkan dalam beberapa warna cerah yang dilengkapi dengan ton lembut. Kalau kamu perhatikan, koleksi Grace (yang menjadi sebahagian daripada koleksi Musim Bunga 2024) membawa estetika berinspirasikan pakaian sukan yang santai dengan siluet kasual, garisan bersih dan sut moden.
- Foto – kate spade
Koleksi Grace seperti shoulder bag atau satchel bag, boleh dibeli di kedai kate spade new york seluruh negara.
Sangat comel kan? Kalau kongsi OOTD Hari Raya sambil menggayakan beg tangan Grace ini, confirm nampak vogue!