Ada banyak pilihan untuk kamu pilih, tapi dua produk ini menjadi kegemaran Miss Murai!
Sama ada garis halus, kedutan, crow’s feet, bintik hitam akibat matahari hingga ke kulit kusam, kesemua masalah kulit ini sentiasa menjadi kebimbangan kita. Lebih-lebih lagi apabila usia semakin meningkat.
Apabila terjadinya masalah ini, ramai yang akan mula mengambil langkah pencegahan atau mencari produk penjagaan wajah yang boleh kembalikan keremajaan kulit serta bebas tanda penuaan.
Dan walaupun di luar sana ada banyak produk yang boleh membantu mengatasi masalah ini, secara peribadi bagi Miss Murai lah kan, dua produk di bawah menjadi kegemaran dan sangat berkesan!
La Mer The NEW Moisturizing Fresh Cream
Psst… Mereka yang memiliki kemerahan pada kulit atau mahu menguatkan daya tahan kulit terhadap tekanan, krim ini adalah pilihan terbaik untuk kamu!
- Foto – La Mer
Bersifat ringan dan bertekstur gel sejuk, apa yang Miss Murai sukakan pada The NEW Moisturizing Fresh Cream ini adalah, ia memberikan kelembapan berpanjangan pada kulit wajah. Kalau kamu nak tahu, krim ini menampilkan:
Teknologi Matrix
Teknologi 3D baharu berupaya mengubah gel cecair menjadi struktur krim yang dipenuhi dengan penghidratan apabila digunakan. Ianya akan membentuk satu kusyen lembapan segar yang dapat meningkatkan keserian kulit secara mendalam sambil menyembuhkan.
- Foto – La Mer
Dalam masa 12 minggu penggunaan, kamu akan dapat melihat kesannya seperti penambahbaikan pada rupa garisan kedutan, rasa lantunan kulit serta kulit semakin kekal lembap sepanjang hari.
Miracle Broth™
Selain mengimbangkan skin barrier dan menggalakkan penghidratan yang mendalam, Miracle Broth™ turut membantu melindungi kulit daripada kehilangan kelembapan, kerengsaan dan meneutralkan semula kesan pencemaran untuk menguatkan skin barrier.
Dengan hanya satu sapuan, kulit kamu akan kurang reaktif terhadap kerengsaan sebanyak 35%. Dan dalam masa 2 minggu penggunaan, kamu akan dapati kulit akan nampak lebih awet muda, anjal, melantun dan kedutan semakin berkurangan.
* [Beli La Mer The NEW Moisturizing Fresh Cream]
Paula’s Choice 6% Mandelic Acid + 2% Lactic Acid Liquid Exfoliant
Mereka yang mahukan kulit yang lebih lembut, licin dan cerah, Miss Murai syorkan kamu dapatkan Paula’s Choice 6% Mandelic Acid +2% Lactic Acid Liquid Exfoliant.
- Foto – Paula’s Choice
Menggunakan bahan-bahan yang diperbaharui seperti ekstrak yarrow dan campuran antioksidan penapaian bio, ianya berfungsi menyokong mikrobiom dan skin barrier untuk memperoleh sel yang lebih sihat serta kelihatan lebih awet muda dari semasa ke semasa.
Bahan-bahan yang digunakan:
- 6% Mandelic Acid membolehkan hasil yang progresif dengan risiko yang sangat rendah untuk mengurangkan rasa sensasi pedih
- 2% Lactic Acid berupaya untuk mengelupas kulit tanpa mengurangkan penghidratan. Ia juga menggalakkan pengeluaran ceramide, menjadikan kulit semakin gebu dan anjal.
- Ekstrak Yarrow yang bersifat menenangkan, dapat membantu memulihkan skin barrier secara semula jadi sambil menghasilkan sel kulit yang baharu secara normal.
- Campuran Antioksidan Penapaian Bio yang terdiri daripada campuran bunga sakura, anggur coklat dan yumberry; dapat menyokong mikrobiom yang sihat dan skin barrier, sambil membaiki tona kulit tidak sekata serta mengurangkan kemerahan.
- Foto – Paula’s Choice
Berdasarkan keputusan ujian klinikal, selepas 3 minggu penggunaan kamu akan mempunyai kulit yang lebih licin, lembut dan cerah. Manakala selepas 8 minggu, tekstur kulit semakin baik dan skin barrier lebih terjaga.
* [Beli Paula’s Choice 6% Mandelic Acid + 2% Lactic Acid Liquid Exfoliant]
Selamat mencuba!