Sehingga 12 Mei 2024 ini, Tony Roma’s mengajak kamu semua untuk datang berbuka dan menikmati hidangan istimewanya sempena bulan Ramadan.
Sama ada berkumpul dengan keluarga mahu pun yang tersayang, Iftar Ria bersama Tony Roma’s menawarkan beberapa pilihan menu Dulang ‘Platter’ yang sangat lazat. Psst… Boleh kongsi sehingga empat orang tau!
Kalau kamu nak tahu, menu Dulang ‘Platter’ menampilkan potongan besar daging kambing atau rusuk lembu bersama dengan hidangan sampingan dan juga air yang boleh diisi semula.
2 Pilihan Dulang ‘Platter’ Sempena Iftar Ria Bersama Tony Roma’s
Khasnya untuk Ramadan kali ini, Tony Roma’s memperkenalkan dua pilihan Dulang ‘Platter’ untuk dikongsi seperti Dulang Iftar (Kambing) dan juga Dulang Ria (Lembu). Setiap satunya berharga RM269.90 (Harga Biasa: RM304.80).
- Foto – Tony Roma’s
Menariknya dalam dulang ini, kamu turut disajikan dengan hidangan sampingan seperti separuh ayam panggang, 8 keping kepak ayam rangup bersama sos krim dan bawang, roti bawang, nasi pilaf, sup harian serta minuman soda yang boleh diisi semula.
Untuk perkongsian empat orang, kamu juga boleh menambah nasi dan menara minuman soda yang boleh diisi semula.
Selain itu, sekiranya kamu mahukan hidangan ala carte, Tony Roma’s turut menawarkan beberapa hidangan entree terhad yang dikenali sebagai set “Feast for Me” yang dihidangkan bersama sup dan minuman ringan seperti:
- Foto – Tony Roma’s
- Rusuk Kambing dan Nasi Pilaf
- Pasta Herba Ayam Bakar
- Kepak Ayam Rangup bersama sos Krim dan Bawang
Menu-menu Iftar Ria bersama Tony Roma’s ini boleh didapati di semua cawangan Tony Roma’s sehingga 12 Mei 2024 ini sahaja. Untuk maklumat lanjut, layari www.tonyromas.com.my .