Ada sahaja inovatif dalam trend skincare Korea!
Tidak silap penulis trend memakai mask kecantikan mula popular sejak tujuh atau lapan tahun dulu. Ia mula menjadi satu faktor untuk menikmati glass-skin. Apatah lagi, pelakon dalam K-drama pula endorsed produk mask dalam babak drama. Jadi memakai mask sudah menjadi kemestian dan salah satu langkah dalam rutin kecantikan.
Tahun berganti tahun, tips memakai mask muka setiap hari masih mendapat di dalam hati pengguna. Pun begitu, ada yang menghadapi masalah kerana kandungan mask yang pekat. Ini kerana kebanyakan produk mask sesuai untuk digunakan seminggu dua hingga tiga kali sahaja. Malangnya ada yang mengalami keradangan kulit dan alergi lain.
Namun, inovatif dalam produk skincare Korea kembali dengan sesuatu yang baharu. Kini sudah banyak penulis lihat produk 30 mask daily dan ia direka sesuai untuk dipakai tiap hari. Kertas mask lebih nipis, kandungan formula yang rendah dan mudah menyerap. Rata-rata yang menggunakan pek mask 30 hari ialah pengguna yang tidak punya masa yang banyak untuk bersiap.
Jadi untuk kamu yang mahu cepat, malas tapi tetap mahu kulit cantik. Trend skincare Korea dengan 30 hari mask adalah solusinya! Nah, penulis siapkan beberapa produk dari jenama terulung skincare Korea. Menariknya bungkusan pek atau kotak ini padat, mudah disimpan dan tidak terdedah pada kotoran.
- Some By Mi Retinol Intense Daily Mask Bakuchiol + Retinol + Retinal
- VT Comestics Cica Daily Soothing Mask
- Mary & May Premium Idebone Blackberrt Complek Essence Mask
- Nacific Fresh Herb Origin Daily Mask Pack
- SkinFood Carrot Carotene Daily Mask
- Medicube Super Cica Daily Quick Mask
Selamat mencuba!