Rupanya minum air garam ada kebaikan tersendiri yang ramai tak tahu…
Kita biasa dididik untuk minum air kosong pada setiap pagi. Malah ada juga yang menambah minum air putih berisi lemon, cuka atau herba. Namun minum air garam tidak sepopular yang lain. Padahal ia mempunyai kebaikan yang sangat berguna untuk tubuh badan. Terutamanya tujuan kesihatan menyeluruh pada tubuh badan dan sistem penghadaman.
Untuk pengetahuan pembaca DIVA, air garam atau yang mengandungi mineral tinggi juga digelar sebagai minuman elektrolit (electrolytes). Ia biasa digunakan untuk para atlet berintensiti tinggi yang telah kehilangan banyak air dalam tubuh atau berpeluh. Jadi air yang mengandungi elektrolit mampu kekal mengimbangi kandungan air didalam badan. Larutan elektrolit membantu mengaktifkan sistem saraf dan otot, menstabilkan kadar pH dan tekanan darah.
Jadi minum air kosong sahaja tidak cukup?
Ya, bayangkan kamu hanya minum air kosong berliter-liter masih tidak cukup. Ini kerana kandungan air tanpa sebarang manfaat elektrolit tidak berguna. Malah terlalu banyak air juga boleh mencairkan mineral elektrolit dalam darah. Cara yang paling bijak ialah dengan mendapatkan elektrolit dari diet atau suplemen untuk memastikan badan menerima apa yang ia perlu. Zaman dahulu, kandungan air bersih sangat kaya dengan mineral. Berbanding dengan era kini, kita perlu menambah sendiri kandungan elektrolit dari sumber makananan yang lain seperti air kelapa, bayam, tembikai, brokoli dan lain-lain.
Tanda-tanda badan kurang elektrolit
Minum air banyak tapi masih letih atau mudah sakit kepala? Itu punca yang kamu boleh rasakan bila badan kekurangan elektrolit. Keseimbangan elektrolit bagi mengelakkan kelemahan atau kekejangan otot, sembelit dan berasa haus walaupun minum air banyak. Walaubagaimanapun, terlebih elektrolit juga boleh berlaku seperti degupan jantung tidak teratur, kekeliruan atau hiponatriemia. Pun begitu ia jarang berlaku.
Cara minum air garam setiap pagi
Jangan salah faham. Minum air garam perlu diamalkan setiap pagi semasa perut kosong. Ia tidak perlu minum hampir setiap masa atau perlu ada garam dalam minuman. Ia mungkin memberi risiko terlebih elektrolit pula. Anda boleh mengambil air garam atau air elektrolit ketika bersenam, jatuh sakit seperti muntah atau cirit-birit, keletihan selepas tidur malam dan selepas bersauna (cuaca kering dan panas).
Tambah hanya secubit garam (sebaiknya, garam Himalaya) dalam segelas air suam. Larut hingga sebati dan minum seperti biasa.
Selamat beramal!