Mewah dan sangat gah penampilan setiap selebriti yang mengenakan Dolce & Gabbana kali ini!
Mungkin di kalangan pembaca DIVA, ada yang sampai keliru dan tak sempat catch-up anugerah apa yang sedang berlangsung sekarang ini!
Untuk pengetahuan kamu, kita berada dalam musim anugerah, di mana majlis berprestij seperti Emmy, Golden Globes hingga ke Critics Choice Awards baru sahaja melabuhkan tirainya. Dan kini, 96th Annual Academy Awards atau Oscars 2024 telah tiba!
Berlangsung pada Ahad (10 Mac 2024) lepas, Oscars 2024 menyaksikan barisan selebriti yang tampil bergaya dalam busana pilihan masing-masing. Menantikan persembahan penampilan yang terbaik?
DIVA kongsikan pilihan barisan selebriti yang tampil mewah dan berkilauan dalam balutan Dolce & Gabbana yang mendominasi karpet merah!
Leslie Bibb & Sam Rockwell
Seksi! Aktres Leslie Bibb tampil menggenakan gaun chiffon polkadot berona hitam. Perincian seperti garis leher plunging dan satin waistband membuatkan bentuk badannya lebih menonjol.
Manakala Sam Rockwell pula memilih Martini-fit double-breasted tuksedo dengan perincian material satin dan kemeja Martini-fit button-down.
Paul Giamatti
Memenangi anugerah “Best Actor in a Leading Role“, aktor Paul Giamatti menggenakan tuksedo hitam Martini-fit three-piece single-breasted dalam material satin.
Jessica Lange
Aktres Jessica Lange pula tiba di karpet merah Oscars 2024, menggayakan balutan gaun lengan panjang crepe yang direka khas dan diperincikan dengan sulaman manik serta satin clutch.
Tantoo Cardinal
Aktres Tantoo Cardinal tampil menggayakan gaun labuci dengan cetakan bluebell.
Danielle Brooks
Memenangi anugerah “Best Actress in a Supporting Role“, aktres Danielle Brooks telah menggayakan gaun korset satin hitam yang direka khas oleh Dolce & Gabbana.
Apa yang DIVA suka pada gaun Danielle adalah perincian pada tulang logam pada korset, high slit skirt dan juga long train dengan bow di bahagian belakang.
Jamie Lee Curtis
Aktres dan penerbit, Jamie Lee Curtis memilih untuk tampil ringkas dan chic menerusi gaun cady sutera dalam rona hitam. Bagi melengkapkan gayanya itu, Jamie memilih gold cuff bertatahkan berlian dengan perincian replica Winged Victory of Samothrace.
Dwayne Johnson
Tak dilupakan, Dwyane Johnson atau lebih dikenali sebagai “The Rock” menggayakan sut satin single-breasted dengan peak lapels dan juga seluar flare. Bahagian dalam sut, Dwayne turut mengenakan kemeja satin sutera dengan foulard collared kontras.
- Foto – Dolce & Gabbana / @ilariaubinati (IG)
Di antara barisan selebriti di atas, siapakah yang menggenakan busana Dolce & Gabbana dengan lebih bergaya? Kongsikan dengan DIVA…