Sudah fikir nak berbuka dengan apa esok?
Bila tibanya bulan Ramadan, mulalah masing-masing scroll dan mencari bufet Ramadan di manakah yang menawarkan juadah makanan yang pelbagai serta sedap. Dan paling penting sekali, sudah semestinya harga yang berpatutan!
Jika kamu tidak tahu nak berbuka di bufet Ramadan mana yang paling best, DIVA cadangkan beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur (KL) dan Selangor untuk pilihan kamu berbuka nanti .
Bermula daripada bufet Ramadan di…
Le Meridien Petaling Jaya: Jamuan Bazaar
Seolah-olah berjalan di bazar Ramadan, Le Meridien Petaling Jaya memperkenalkan bufet Ramadannya iaitu Jamuan Bazaar yang menampilkan pelbagai jenis menu yang sangat menyelerakan.
Antara menu ‘highlight’ yang perlu kamu cuba adalah Gulai Kawah, Kambing Bakar 13 Rempah, Sup Gearbox, Roti Canai Durian, Mee Ketam, Kari Kepala Salmon, Kerabu Pucuk, Claypot Yee Mee, Nasi Mandy dengan Spring Chicken, Ayam Pandan Golek hingga ke Sagu Durian dengan Gula Melaka.
- Foto – Le Meridien Petaling Jaya
Dan khasnya untuk Jamuan Bazaar kali ini, pengunjung boleh menikmati bufet di dua tempat berbeza iaitu di Pasar Baru dan juga Grand Ballroom. Apa yang membezakan kedua-dua tempat ini, Grand Ballroom akan ada kumpulan Ghazal untuk menghiburkan pengujung sepanjang makan malam.
- Foto – Le Meridien Petaling Jaya
1. Jamuan Bazaar di Pasar Baru:
- Harga: RM178 nett (Early Bird: RM148nett, sementara masih ada)
- Waktu: 6:30 petang-10:30 malam
2. Jamuan Bazaar di Grand Ballroom:
- Harga: RM128 nett/seorang (Early Bird: RM98 nett, sementara masih ada)
- Waktu: 6:30 petang – 10:30 malam
Sepanjang bulan Ramadan ini, pengunjung yang menikmati bufet Jamuan Bazaar turut berpeluang untuk menangi hadiah mingguan seperti penginapan malam percuma dan baucar F&B.
‘Take Away’ Menu Rumah Terbuka di Pasar Baru
Untuk membungkus menu rumah terbuka di Pasar Baru, Le Meridien Petaling Jaya menawarkan tiga jenis menu (setiap hidangan disediakan dengan menu tambahan: Nasi Biryani dengan Sayur Dalca) untuk dipilih seperti:
- Foto – Le Meridien Petaling Jaya
- Kaki Kambing dengan Tulang (2.8kg)- RM370
- Striploin Australia (2.5kg)- RM370
- Seekor Ayam (3kg)- RM160
- Nasi Biryani (500gm) dengan Sayur Dalca- RM128
Tempoh untuk penghantaran dan bawa pulang tersedia dari 6 April 2024 hingga 5 Mei 2024. Untuk ketiga-tiga pilihan menu tersebut, pengunjung boleh pilih sama ada mahu dalam hidangan Bakar dengan Air Asam, Percik atau Rendang.
Edisi Bazaar: Menginap & Makan
Bagi pengunjung yang berhasrat untuk menginap dan menikmati bufet Jamuan Bazaar, Le Meridien Putrajaya menawarkan pakej bilik eksklusif dengan harga bermula RM550+ semalam:
- Sarapan atau Sahur
- Bufet Jamuan Bazaar
- WiFi berkelajuan tinggi percuma
Tempahan makanan untuk bufet Jamuan Bazaar boleh dibuat hubungi atau WhatsApp 0123909949 atau e-mel ke [dining.reservations@lemeridienpj.com].
** Maklumat lanjut, layari web Le Meridien Petaling Jaya [KLIK SINI].
Tune KLIA-KLIA2: Selera Kampung
Sekiranya kamu mencari bufet tradisional, DIVA syorkan untuk kamu nikmati bufet Selera Kampung di Tune KLIA-KLIA2. Antara hidangan istimewanya adalah Rendang, Nasi Kerabu, laksa, kambing bakar hingga ke pelbagai jenis manisan, pastri dan juga pencuci mulut Melayu tradisional.
- Foto – Tune KLIA-KLIA2
Bufet Selera Kampung tersedia dari 15 Mac 2024 hingga 7 April 2024, bermula pada pukul 6:30 petang hingga 9:30 malam.
Harga:
- Dewasa: RM128++/seorang
- Kanak-kanak (6-12 tahun): RM65++/seorang
Untuk tempahan meja, hubungi +603 8787 1726 atau e-mel ke [makanminum.klia2@tunehotels.com].
The Chow Kit- An Ormond Hotel: Citarasa Malaya
Khasnya untuk bulan Ramadan kali ini, The Chow it-An Ormond Hotel menawarkan bufet Citarasa Malaya yang menampilkan hidangan Melayu Tradisional seperti ulam-ulaman, bergedil, serunding, pulut hitam, kuih muih tradisional, pengat pisang sebagai pembuka dan pencuci mulut.
- Foto – The Chow Kit Kitchen & Bar
Manakala untuk hidangan utama pula, pengunjung boleh menikmati Laksa Johor, Soto Ayam, Crispy Siakap Berlada, Rendang Minang, Udang Masak Lemak dan Ayam Percik Madu. Psst… Khusus untuk hari Jumaat dan Sabtu, pengunjung boleh menikmati hidangan tambahan Citarasa Malaya iaitu Kari Kambing Panggang dan Daging Panggang.
Harga:
- Ahad-Khamis: RM120++/seorang
- Jumaat-Sabtu: RM150++/seorang
Bagi kamu yang mahu berbuka puasa di rumah, The Chow Kit Kitchen & Bar menawarkan hidangan untuk 2-3 orang seperti:
- Foto – The Chow Kit Kitchen & Bar
- Piring Perayaan (Crisky Siakap Berlada, Rendang Minang, Ayam Percik Madu, Gulai Pisang Kapas dan Nasi Ulam): RM 148++
- Kari Kepala Ikan Kerapu: RM150++
- Lamb Shank Briyani: RM88++
- Set Chilli Crab (termasuk mantou goreng dan pasta Aglio Olio): RM400++
Untuk menikmati pakej penginapan satu malam dan bufet Citrasa Malaya, harganya bermula daripada RM350++.
**Tempahan meja boleh hubungi The Chow Kit-An Ormond Hotel melalui WhatsApp [+601 2808 0045] atau di +603 2778 6688.
Jangan terlambat untuk buat tempahan ye!