Siapa tak boleh tinggal guna setting spray, wajib baca!
Setting spray adalah satu langkah optional untuk memulakan atau menyudahi hasil solekan. Ia mempunyai manfaat untuk mengekalkan solekan lebih tahan lama. Rumusan air semburan dengan pelbagai manfaat turut memberi solekan lebih smooth dan mengurangkan masalah kulit kering atau berminyak. Malah, ada yang sekadar menyembur setting spray sebagai penyegar wajah.
Mungkin ada yang ingin beralih arah untuk mencuba setting spray dari pelbagai jenama. DIVA terbuka hati untuk berkongsi beberapa setting spray dari jenama drugstore. Lebih mengejutkan ia dibawah bajet RM50. Jadi pada pendapat DIVA, setting spray ini boleh dijadikan sebagai spare didalam beg tangan, saat melancong atau lemas didalam penghawa dingi pejabat.
- SILKYGIRL Makeup Setting Spray Matte 70ml [RM26.90]
Sebenarnya Silkygirl ada tiga jenis setting spray tapi DIVA suka dengan setting spray kali ini. Ia sangat sesuai untuk mereka yang kulit berminyak dan mekap mudah cair. Ia mampu mengembalikan hasil mekap seperti baru dan tahan lama. Setting spray matte dari Silkygirl ini mengandungi ekstrak semulajadi tumbuhan teh hijau, bunga Chamomile, Witch Hazel untuk melembabkan dan mengetatkan pori-pori.
- ESSENCE Fix & Last 18h Make-Up Fixing Spray 50ml [RM24.50]
Nak mekap tahan lebih 18 jam? Boleh sembur dengan setting spray Essence yang cukup lembut dan mudah meresap. Menariknya setting spray ini sesuai untuk semua jenis kulit dan diformulasi selamat serta vegan.
- RIMMEL Lasting Finish Fix & Go Setting Spray 100ml [RM33.90]
Setting spray untuk semua langkah mekap kamu! Ia boleh disembur sebagai langkah sebelum, semasa dan selepas mekap. Ia tidak meninggalkan kesan melekit atau kasar pada kulit, malah membantu mekap kekal pada kulit dengan eloknya. Jika dipakai sebagai penyegar pula, kilatan akibat kesan minyak wajah terhindar.
- 3W Clinic Setting Spray Makeup Make Up Pearl Mist 150ml [RM30]
Ini pula setting spray untuk mekap berkilau, kulit terhidrat dan melegakan kulit yang sensitif. Ia mempunyai glitter untuk wajah kelihatan segar dan hidup. Setting spray dari 3W Clinic sesuai untuk disembur untuk solekan malam atau ke parti.
- YOU NoutriWear+ Makeup Stay Lock Mist Setting Spray 12 Hours 55ml [RM16.90]
Kalau kamu ingin jaga mekap sehingga 12 jam, mungkin ini setting spray yang patut dicari. YOU dapat menyelesaikan masalah mekap merekah akibat kulit kering. Ia mengandungi pelbagai sumber alam sebagai penghidrat dan menjaga ketegangan kulit. Semburan yang halus dan nipis memudahkan kamu untuk guna sepanjang masa.
- DAZZLE ME Get a Grip Makeup Setting Spray Lock Makeup 60ml [RM35]
Masalah mekap mudah comot pada topeng muka atau kotorkan hijab! Nah, setting spray Dazzle Me boleh ‘gam’ solekan pada kulit wajah tanpa mengeringkan wajah. Ia dirumuskan dengan hyaluronic acid dan minyak kastor untuk kelempaban yang tinggi. Malah kamu akan merasakan segar dengan sensasi sejuk dari air bunga mawar.
Tak sangka banya betul pilihan jenama drugstore. Selamat mencuba!