Ringkas rupanya cara IU jaga kulit wajah
Kalau dengar sahaja rutin kecantikan selebriti Korea, pasti kita semua teringat akan 10 step skincare routine bukan? Mana tidaknya, orang Korea terutamanya para idol sangat disiplin menjaga kecantikan kulit. Supaya kelihatan sihat, awet muda dan sudah tentu cantik. Namun menariknya tentang penyanyi terkenal IU atau nama sebenar Lee Ji-eun, dia hanya guna tiga produk asas untuk penjagaan wajah.
Sifat mulus dan gebu kulit IU memang tidak dapat dinafikan lagi. Malah, dia juga sering diangkat menjadi duta produk kecantikan wajah. Kini sekitar awal usia 30-an, wajah IU tidak berubah seperti semalam dia baru debut menjadi penyanyi. Kulit IU juga sentiasa menjadi goals untuk siapa yang mengimpikan glass-skin look. Tanpa banyak langkah, banyak wang kena keluar dan masa. Ada sumber rapat spill segala rahsia cantik IU;
- Toner / penyegar wajah
Benar, produk toner kebiasaannya hanyalah suatu pilihan untuk pengguna. Pun begitu manfaat toner sangat banyak terutamanya tentang hidrasi. Toner juga membantu mengecilkan pori-pori, menyingkirkan sisa mekap atau kotoran selepas mencuci wajah. IU memang tidak pernah skip menggunakan toner. Bagi memudahkan kulit menyerap segala kebaikan pelembab dan serum, toner ada padanan yang sangat bagus.
- Facial oil
Disebabkan IU mengalami masalah kulit kering, jadi pelembab berasaskan minyak atau facial oil lebih cocok buatnya. Facial oil mengandungi kandungan hidrasi dan antioksida yang tinggi. Ia bukan sahaja untuk mengurangkan keradangan kulit akibat kekeringan. Malah, menjadi agen anti-penuaan terutamanya pada garis halus. Kamu boleh guna facial oil selepas langkah penyegar. Buat kamu yang memiliki kulit berminyak, DIVA cadangkan tukar dengan pelembab jenis gel.
- Krim pelindung matahari / sunscreen
Manusia mana lagi yang tak keluar rumah tanpa sunscreen di tahun 2024? Ini adalah potion terbaik untuk kulit kekal awet muda, terhindar dari masalah pigmentasi dan bebas dari segala binasa risiko kanser kulit serta banyak lagi. Jadi IU seperti manusia biasa yang lain, wajib pakai sunscreen setiap hari, dan setiap kali keluar rumah.
Tak sangka ini hanyalah basic skincare step. Tak perlu pelbagai produk yang mungkin buat kulit letih dan akhirnya sakit. DIVA jamin dengan penjagaan kulit yang asas seperti IU, kamu akan rasai perubahan kulit yang lebih calm dan beransur-ansur pulih. Bila dah kukuh dengan tiga langkah ini. Barulah kulit kamu akan bersedia untuk tambahan produk lain seperti vitamin C, retinol dan pelbagai lagi.
Paling penting kamu jaga dulu tiga langkah ini. Chaiyok!