Memandangkan Hari Kekasih semakin hampir, DIVA mahu mengambil peluang ini untuk membantu kamu yang sedang mencari hadiah yang paling istimewa dan bermakna untuk cinta hati kamu.
Daripada barangan penjagaan wajah, solekan hingga ke wangian, setiap barangan ini dipilih khas untuk dijadikan sebagai hadiah bagi si dia yang sangat mementingkan self-love, percintaan dan kecantikan semula jadi.
Di bawah DIVA kongsikan beberapa barangan yang sesuai menjadi hadiah yang sempurna dan tidak boleh dilupakan oleh si dia pada Hari Kekasih kali ini. Bermula daripada…
1. La Mer
- Foto – La Mer
Melalui proses penapaian perstrukturan yang mujarab, La Mer Lifting Firming Serum merupakan satu produk yang sangat berkesan untuk mengatasi masalah penuaan. Masukkan dalam rutin penjagaan wajah dan lihat kesan penampilan yang lebih tegang, awet muda dan terangkat pada kulit.
- La Mer Lifting Firming Serum [RM1100]
2. Shiseido
- Foto – Shiseido
Menggunakan formula yang ringan, diperkaya dengan ekstrak roselle yang ditapai, saksikan perubahan terbaik pada kulit sambil mengatasi masalah penuaan dalam masa tiga hari. Psst… DIVA cadangkan untuk kamu beli satu set yang menampilkan serum untuk wanita dan juga lelaki.
- Shiseido Ultimune Power Infusing Concentrate [RM460]
- Shiseido Men Ultimune Infusing Concentrate [RM460]
3. Sigi Skin
- Foto – Sigi Skin
Si dia memiliki garisan halus, lipatan dan crow’s feet di bahagian mata? DIVA sarankan kamu dapatkan krim mata daripada Sigi Skin. Diselit dengan Vitamin C, Omega-3, Omega-6, Omega-7 dan Omega-9, krim mata ini dikatakan berkesan dalam masa yang singkat untuk mengembalikan semula keremajaan pada wajah.
- Sigi Skin Gentle Gaze Eye Cream [RM287.82]
4. Paula’s Choice
- Foto – Paula’s Choice
Teringin nak manjakan diri si dia di rumah tanpa mengeluarkan wang dengan banyak? Kalau ya, DIVA syorkan kamu dapatkan Weightless Body Treatment 2% BHA ini sebagai hadiah! Exfoliater ini bukan sahaja boleh tanggalkan lapisan kulit mati dengan lembut, malah membuatkan kulit supaya semakin berseri dan licin di rumah.
- Paula’s Choice Weightless Body Treatment 2% BHA [RM155]
5. Freia Aesthetics
Jika tiada idea, DIVA sarankan kamu cuba tempah satu tempat untuk si dia di Freia Aesthethics kerana mereka sedang adakan promosi hebat sehingga 29/2/2024 ini!
Pilih di antara 4 rawatan wajah berbeza dengan harga RM999 untuk dua orang, ditambah 10% daripada produk mereka. Psst… Kamu boleh juga menambah Eye Love Gua Sha pada harga RM174 (harga asal RM250) ketika menjalankan rawatan wajah pilihan kamu.
- Freia Aesthetics New Year Promotion [RM999]
6. Supergoop!
- Foto – Supergoop!
Tersedia dalam 6 variasi warna, bagi DIVA kod: Love You More lebih cantik! Berona raisin plum, gincu ini mengandungi minyak tumbuhan, peptida semula jadi, mangga, shea dan mentega murumuru. Apa yang lebih best, gincu ini mempunyai SPF30, melindungi bibir daripada matahari.
- Supergoop Lipshade 100% Mineral SPF30 [RM118]
7. Huda Beauty
- Foto – Huda Beauty
Pada Hari Kekasih, DIVA lebih gemarkan solekan smokey eyes kerana ia menonjolkan sisi yang lebih seksi dan menggoda. Menggunakan palet Huda Beauty Pretty Grunge ini, cipta pelbagai gaya solekan mata mengikur kesukaan kamu. Sama ada matte nude, multi-chromotic foils, black eye gloss, hingga ke sparkly blacks dan silver.
- Huda Beauty Pretty Grunge Eyeshadow Palette [RM367]
8. Sephora Collection
- Foto – Sephora
Untuk solekan yang lebih flawless, gunakan Sephora Collection Best Skin Ever Matte Powder Foundation. Menampilkan tekstur sutera yang lembut, powder foundation terbukti memberi kulit kamu bernafas dengan mudah. Di antara 24 warna yang dijual, pilih warna yang sesuai dengan kulit ye.
- Sephora Collection Best Skin Ever Matte Powder Foundation [RM87]
9. Hermès
- Foto – Hermes
Untuk buatkan si dia nampak lebih comel, DIVA cadangkan kamu dapatkan Rose Hermès Silky Blush Powder dalam kod: 58 Rose Cuivrè. Warna blush yang berona merah jambu ini tidak perlu disapu banyak kali, cukup hanya sekali sapuan sahaja dan terus naik seri penampilannya! Untuk dapatkannya, kamu boleh beli di Hermès Pavilion Kuala Lumpur dan kaunter Hermès di Parkson.
- Rose Hermès Silky Blush Powder- 58 Rose Cuivrè [RM126]
10. Carolina Herrera
- Foto – Carolina Herrera
Manjakan si dia dengan wangian yang dapat membuatkan suasana menjadi romantis dengan aroma yang sangat harum, seksi dan sensual. Bagi DIVA, sudah semestinya Carolina Herrera Good Girl Blush EDP jadi pilihan. Pada masa yang sama juga, cuba padankan wangian si dia dengan pilihan terbaik kamu, iaitu Carolina Herrera Bad Boy Extreme EDP.
11. Rabanne
- Foto – Rabanne
Bagi pasangan yang memiliki karakter yang sangat playful dan sukakan cabaran, DIVA cadangkan kamu hadiahkan si dia Rabanne FAME EDP. Diselit dengan kemenyan berkrim, trio melati dan mineral musk of Helvetolide®, pasti si dia hargai hadiah kamu!
Untuk kamu pula, boleh padankan wangian si dia dengan pilihan wangian DIVA iaitu Rabanne Phantom EDT. Wangian ini dapat menonjolkan sisi gagah kamu apabila ia diselit dengan campuran lavender, vanila, vetiver dan kasturi mineral. Gabungan ini menghasilkan nota kayu dan tanah, sangat maskulin!
Happy shopping dan selamat Hari Kekasih!