Baru tahu rahsia gaya rambut idol K-pop!
Kamu perasan tak? Gaya ponytail para idol K-pop yang tersangat rapi dan comel. Bukan itu sahaja, bentuk wajah mereka kekal tirus dan bujur sirih.
Dari perkongsian seorang pengguna Instagram, @oh_sweta berkongsi teknik belahan rambut gaya idol K-pop. Ia digelar teknik triangular hair side line. Dengar macam rumit sahaja kan? Sebenarnya ia sangat mudah untuk diikuti. Manfaat dari teknik ini bentuk wajah nampak lebih kurus dan beri ilusi garis rambut lebat.
Ambil bahagian rambut hadapan atau baby hair, pastikan kamu mempunyai sikat yang sesuai seperti yang dikongsikan didalam video tersebut. Jaga jarak garis rambut dan jika kamu mempunyai bahagian rambut yang kurang boleh tambah warna pembayang mata yang sepadan dengan warna rambut.
Tak sangka dengan sekelip mata, kamu akan nampak perubahan pada wajah. Teknik ini bukan sahaja untuk gaya ponytail yang normal. Kamu boleh sesuai dengan pelbagai lagi ikatan rambut. Jangan lupa untuk achieve gaya ini harus ada baby hair yang panjang.
Selamat mencuba!