Zuhair Murad tidak pernah mengecewakan…
Agak lama juga DIVA tidak mendengar nama Zuhair Murad, namun beberapa hari lepas pereka fesyen asal Lubnan kembali mendapat perhatian peminat fesyen dengan rekaan koleksi Spring-Summer Couture 2024. Ia seperti biasa menjanjikan esentrik keanggunan dan sifat feminin wanita dalam rekaan Zuhair Murad.
51 gaya rekaan disajikan oleh Zuhair Murad sarat dengan batu permata yang memancar setiap kali terkena cahaya. Juntaian batu permata, fabrik jarang dan potong seksi bahagian belakang menjadi obsesi baru pereka ini. Menariknya lagi, idea koleksi datang dari warga Phoenicia yang mencintai lautan. Jadi anda akan dapat lihat potongan, lipatan dan susunan batu permata yang diinspirasi dari lautan Mediterranen.
Ini antara rekaan Zuhair Murad Spring-Summer 2024 menjadi kegemaran DIVA;
Bahkan ada beberapa helaian Spring-Summer Couture 2024 dari Zuhair Murad mengembalikan kegemilangan fesyen ala dewa-dewi Greek. Sentuhan fabrik seperti sifon, satin, caddy crepe, charmeuse dan lame lurex membias cahaya bak kilauan permata. Siluet koleksi ini bersifat kontemporari, mewah dan anggun klasik.
Untuk lihat lebih banyak lagi look Zuhair Murad Spring-Summer Couture 2024 layari https://www.zuhairmurad.com/couture-ss24.