Estetik, chic dan stylish- Itulah perkataan yang sesuai untuk gambarkan keseluruhan koleksi musim bunga kali ini!
Sebut sahaja musim bunga, DIVA boleh bayangkan musim yang hangat, indah dan ceria ini. Bagi meraikan kedatangan musim tersebut, Kate Spade ada melancarkan koleksi Spring 2024; menampilkan tema musim bunga yang terang, corak grafik menyeronokkan hingga ke tekstur yang pelbagai.
DIVA yakin pada musim ini, ramai wanita lebih gemar menggayakan pakaian hingga aksesori mereka dalam esetika sporty dengan siluet kasual, garisan yang bersih dan warna yang terang!
Jadi… DIVA sangat syorkan untuk kamu lihat koleksi Kate Spade New York Spring 2024 yang terinspirasi oleh keindahan musim bunga di bawah;
Koleksi Spring 2024 Buatkan Gaya Lebih Chic & Ceria!
Diinspirasikan oleh keindahan musim bunga dalam kehidupan seharian, koleksi ini sangat sesuai untuk wanita yang mahukan gaya yang lebih segar.
- Foto – Kate Spade
Bukan itu sahaja, barisan koleksi ini juga sesuai untuk pelbagai situasi, sama ada bersiar-siar, jamuan makan bersama keluarga atau rakan hingga ke festival seni.
- Foto – Kate Spade
Kate Spade menampilkan semula cetakan Noel yang pernah dilancarkan oleh Kate dan Andy Spade pada tahun 1999. Motif cetakan Noel ini bersifat lebih playful. disesuaikan dengan semangat positif generasi kini.
- Foto – Kate Spade
Tak dilupakan beg “It” Dakota yang mengekalkan siluet kotemporari dan lacquered ‘KS’. Bagi beg tangan Flora pula, ia adalah kepingan penyataan arca abstrak bagi melengkapkan gaya sedia ada.
- Foto – Kate Spade
Selain itu, barisan ready-to-wear menawarkan rangkuman struktur dalam pelbagai jenis; daripada ruching dan pleating antara skirt, perincian garis leher hingga ke labuci dan juga jalur.
- Foto – Kate Spade
Untuk melengkapkan penampilan musim bunga kamu, DIVA syorkan kamu mencuba barisan kasut yang terdiri daripada rona terang dan gaya yang berbeza seperti model Melros dan Flourish.
- Foto – Kate Spade
Yang terakhir, aksesori sebagai pelengkap keseluruhan penampilan dan membuatkan kamu lebih menyerlah daripada yang lain. Untuk musim bunga, DIVA sarankan kamu mencuba model Fleurette dan Bloom in Color dengan gambaran bunga mekar dalam bentuk anting-anting, rantai, gelang dan cincin.
Selamat mencuba!