Tak dinafikan, trend menggayakan bucket hat hijab pada masa kini sangat popular dalam kalangan wanita bertudung (atau hijabis). Ini kerana item fesyen yang unik dan sangat cool ini merupakan inovasi yang terkini serta pilihan yang sangat bergaya untuk hijabis yang sentiasa mengikut trend.
Walaupun di luar sana terdapat pelbagai bucket hat hijab yang sangat cantik reka bentuknya, DIVA lebih tertarik dengan bucket hat hijab daripada LILIT.
Di Malaysia terutamanya, bucket hat hijab LILIT. menawarkan pelbagai pilihan serta warna untuk hijabis yang menginginkan gabungan unik tradisi dan gaya kotemporari. Sekali gus membuatkan mereka nampak lebih bergaya apabila menggayakannya.
Bucket Hat Hijab LILIT. Diiktiraf MYIPO
Sekadar untuk pengetahuan kamu, Sitca Design Sdn. Bhd. yang beroperasi di bawah jenama LILIT. telah menerima pengiktirafan daripada Pejabat Harta Intelek Malaysia (MYIPO) dalam bentuk sijil reka bentuk perindustrian untuk bucket hat hijab mereka.
- Foto – LILIT.
Pengiktirafan rasmi ini merupakan satu bukti terhadap reka bentuk tersendiri dan asli yang dihasilkan oleh LILIT.
Gaya Bucket Hat Hijab Yang Boleh Hijabis Cuba
Kalau kamu nak tahu, bucket hat hijab LILIT. ini boleh digayakan dalam pelbagai situasi. Sama ada berjumpa dengan rakan, bersenam sehinggalah meluangkan masa bersama keluarga. Bagi DIVA, berikut adalah beberapa idea yang boleh kamu cuba apabila mahu menggayakan bucket hat hijab daripada LILIT.
#1 Gaya effortless chic milik Vivy Yusof sesuai untuk kamu yang mahu berjumpa dengan rakan atau ‘me-time’ di kafe.
#2 Lebihan tudung di bahagian tepi lebih sesuai diikat seperti reben, membuatkan kamu nampak lebih cute dan manis!
#3 Lebih relaks dan kasual apabila kamu menggayakan bucket hat hijab LILIT. dengan ikat di bahagian tepi seperti Nadiya Nisaa.
#4 Untuk gaya yang lebih segar, kamu boleh padankan bucket hat hijab bersama dress panjang atau set blaus dan seluar longgar.
Bucket hat hijab LILIT. boleh didapati di kedai fizikal LILIT. dan juga web [KLIK SINI]. Happy shopping!