40 tahun hanya nombor semata-mata…
Angka 40 bukan lagi untuk digeruni atau petanda untuk wanita duduk diam-diam dirumah. Wanita yang telah mencecah usia 40 tahun semakin aktif bukan kerana kerjaya semata-mata tapi merealisasi pelbagai impian untuk diri dan keluarga. Tidak kira dari usia gadis remaja hingga kini, untuk kelihatan rapi dan cantik antara matlamat seorang wanita. Bukanlah untuk terlihat seperti Miss Universe, tapi cukup menambah keyakinan diri berdepan dunia luar.
DIVA percaya pembaca kami sudah ada yang mencapai usia 30 tahun hingga 40 tahun keatas. Sudah pasti tips kecantikan dan penjagaan kulit seusia kamu dinanti-nantikan.
Idea solekan yang ringkas dan cepat menjadi pilihan ramai. Apatah lagi dengan teknik glass skin makeup atau no-makeup makeup tidak menjemukan. Bagi DIVA dua teknik ini paling terbaik untuk sifat kulit matang. Sebelum itu, kamu boleh ikuti 4 tips ini untuk kamu yang sudah masuk usia 40 tahun.
Guna produk ada manfaat hidrasi
Tidak dinafikan garis halus dan kedutan menjadi nemesis utama. Jadi DIVA cadangkan untuk anda guna produk yang mempunyai sifat menghidrasi kulit berbanding tahan lama. Ini kerana produk tahan lama boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Pilih produk yang dilabel ‘dewy’ atau mempunyai bahan squalane, hyaluronic acid dan lain-lain.
- Sulwhasoo NEW Perfecting Cushion SPF50+ [RM199.90]
Pilih produk dua cara (two-ways)
Sudah pasti kamu mahu solekan yang pantas dan tidak memakan masa. Pilih produk pelbagai fungsi, sebagai contoh, lipstik yang boleh digunakan sebagai pemerah pipi atau pembayang mata. Sudah banyak pilihan produk sebegini. Ia juga biasanya dari bentuk krim yang sangat baik (hidrat) untuk kulit!
- Bobbi Brown Pot Rouge For Lips & Cheeks [RM195]
Eyeliner sudah memadai!
Memang tiada masa untuk melorek pembayang mata lagi. Bagi mengekalkan mata galak kamu ketika diusia 40 tahun. Memadai sahaja dengan menggaris dengan eyeliner. Ia membuatkan bulu mata tampak lebih lebat. Tips DIVA, gariskan eyeliner betul-betul pada garis bulu mata. Untuk kesan smokey eyes, kamu boleh blend eyeliner tersebut.
- PERIPERA Speedy Pencil Liner [RM25.85]
Elak rona neutral, tambah warna
Mungkin diumur 40 tahun sudah tiba masanya untuk kamu bermain dengan warna. Ia membuatkan wajah kamu kelihatan segar dan seolah-olah bernafas. Jika sebelum ini kamu suka memakai lipstik warna nude atau beige, tukar dengan warna taupe, brick atau merah. Kamu juga boleh menggunakan warna yang sama untuk pemerah pipi.
- FAZURA Power Lipstick We Belong Together [RM47]
Sudah DIVA maklum tadi, 4 tips ini boleh digunakan pada gaya mekap yang serba ringkas. Namun ingat pemilihan produk amat penting. Selamat mencuba!