Serum terbaik wajib ada!
Penggunaan serum dalam penjagaan kulit wajah bukanlah wajib. Namun ia telah menjadi produk ajaib untuk mengekalkan kesihatan dan melindungi kulit. Ia cecair yang padat dengan pelbagai manfaat untuk mengatasi masalah kulit si pemakai. Serum untuk kulit sihat, cerah, muda atau apa sahaja kini mudah didapati. Sebut sahaja.
Menariknya, produk serum dari jenama Korea Selatan sentiasa mendapat perhatian. Secara peribadi, DIVA beranggapan ini kerana ia lebih ringan, selamat dan sesuai untuk kulit Asia. Malah, produk-produk dari negara Winter Sonata itu cukup menitik-beratkan kualiti dan kandungan bahan yang bebas dari sebarang kimia terlarang. Jangan lupa harga pula cukup berpatutan dengan hasil yang diberikan.
DIVA lengkapkan lima serum terbaik dari jenama terkenal asal Korea Selatan. Jangan khuatir, harga serum-serum hebat ini pula bawah dari RM100;
- COSRX Advanced Snail 96 Mucin Power Essence 100ml [RM51.95]
Jika anda memang pengguna produk kecantikan pasti kenal dengan serum ini. Ia menjadi fenomena bukan sahaja di Timur, malah di Barat juga. Serum dari pati pekat siput memberi kelembapan yang menghidrat kulit. Sekaligus ia mengurangkan tanda penuaan, parut jerawat dan meningkatkan barrier kulit kamu.
- Some By Mi Yuja Niacin 30 Days Blemish Care Serum 50ml [RM64.12]
Serum terbaik untuk memudarkan parut jerawat, bekas tompokan pigmentasi dan tona kulit yag tidak sekata. Ia serum yang mengandungi minyak asli Yuja yang sangat bagus untuk mencerahkan wajah, merawat dan ianya selamat untuk digunakan bagi mereka mempunyai kulit sensitif.
- Axis-Y Dark Spot Correcting Glow Serum 50ml [RM79]
Produk ini pernah tular di TikTok kerana keberkesanan yang mengagumkan! Serum terbaik dari jenama Axis-Y ini menggunakan bahan niacinamide sebagai bahan utama. Ia membantu tompok gelap, membaiki tona kulit dan menghidrat kulit secara optima. Bahkan kulit lebih tegang, segar dan bebas dari risiko pigmentasi yang baharu.
- Klairs Rich Moist Soothing Serum 80ml [RM80]
Kulit kering, berjerawat, sensitif dan gatal-gatal? Ini serum terbaik Klairs untuk kamu. Ia serum yang kaya dengan agen pelembab seperti Phyto-Oglio. Ia mengawal kelembapan kulit untuk sepanjang hari, serta sebarang iritasi kekeringan atau pengluara minyak berlebihan dapat dibendung.
- Innisfree Green Tea Seed Hyaluronic Serum 80ml [RM94.20]
Innisfree tidak ketinggalan menghasilkan serum terbaik dari rangkaian Green Tea + HA™. Ianya sinergi kelembapan untuk mencipta kulit yang sihat, berseri dan mempunyai lapisan kelembapan yang kuat. Jika kamu mahu serum yang menjaga keutuhan kesihatan kulit, inilah ia.
Puas hati tak dengan senarai diatas? Atau kamu punyai serum terbaik yang sudah menjadi kesayangan? Kongsikan bersama DIVA di ruang komen Facebook!