Khas untuk pencinta fesyen, bersedia untuk tingkatkan penampilan kamu dengan kepingan terkini daripada Love, Bonito pada Krismas di kedai flagship terbesar mereka!
Terletak di The Exchange TRX, Love, Bonito membuka kedai flagship terbesar mereka di ruang runcit premium yang berukuran 6000 kaki persegi. Sangat luas dan besar, ruang terbaru ini memberikan pengalaman membeli-belah yang selesa pada pelanggan.
Lebih Luas, Lebih Banyak Koleksi & Ada Sistem Khas!
Untuk raikan pembukaannya, Love, Bonito memberikan hadiah percuma pada pelanggan yang berbelanja minimum RM300 di cawangan baru ini.
Selain memaparkan koleksi yang lebih banyak di ruang yang luas, Love, Bonito turut menampilkan beberapa ruang khas seperti pratonton eksklusif koleksi baru, bengkel penggayaan dan banyak lagi.
- Foto – Love, Bonito
Bukan itu saja, apa yang lebih menarik, kedai Love, Bonito di The Exchange TRX ini adalah kedai pertama yang dilengkapi dengan inovasi terkini seperti sistem nombor giliran elektronik. Dengan adanya sistem ini, pelanggan boleh teruskan membeli-belah sambil menunggu nombor giliran tanpa perlu beratur panjang di bilik persalinan.
Koleksi Terkini Krismas Di Love, Bonito
Khasnya untuk musim Krismas ini, sambil mengunjungi kedai terbaru Love, Bonito, kamu juga berpeluang untuk melihat kepingan terbaru dan terkini untuk musim Krismas ini.
Untuk gaya ke parti, DIVA mengesyorkan kamu menggayakan Gyla Straight Neck Column Midi Dress yang tersedia dalam rona hitam dan perak. Atau pun Valrie Asymmetric Ruched Tube Top yang menampilkan sisi tepi runched yang menyerlahkan kerampingan pinggang kamu!
- Foto – Love, Bonito
Manakala untuk look ke pejabat pula, pilih Isbeth Asymmetric Knit Toga Top yang lebih kasual dan elastik. Dipadankan bersama Faiza Sequined Flare Pants yang diperincikan dengan labuci berkilauan dan potongan pinggang yang tinggi.
- Foto – Love, Bonito
Kalau kamu sukakan kepingan yang lebih menonjol warna atau potongan yang unik. DIVA cadangkan kamu gayakan Sola Halter Midi Dress dalam rona merah, Shanneth Asymmetric Off Shoulder dalam rona lime atau Carter Sequined Column Midi Dress.
Setiap kepingan ini boleh didapati di kedai Love, Bonito di The Echange TRX (Tingkat 1, L1.29 & L1.29A) atau di web.