Hari Krismas hampir tiba! Jadi inilah masa yang sesuai dan terbaik untuk kita bersama-sama berkumpul dengan keluarga serta rakan ‘meneroka’ bufet Krismas yang meriah di Le Meridien Putrajaya.
Sesuai dengan konsep A La Fête (iaitu pesta atau perayaan), Le Meridien Putrajaya menampilkan bufet gastronomi disediakan oleh Chef Liou dan pasukannya yang bakal membuatkan sesiapa sahaja berasa gembira!
Psst… Jangan lepaskan beberapa hidangan yang sangat menarik pada harga yang berpatutan!
- Foto – Le Meridien Putrajaya
Pada 24 Disember 2023 (Bufet Malam Krismas) dan 31 Disember 2023 (Bufet Malam Tahun Baru), nantikan hidangan Grand Fresh Seafood Mountain on Ice yang menampilkan anak udang galah, ketam salji, tiram segar, yabbies dan banyak lagi di Latest Recipe.
- Foto – Le Meridien Putrajaya
Manakala pada Hari Krismas (25 Disember 2023), nikmati hidangan tradisional Krismas yang digabungkan dengan keunikan rasa moden seperti hidangan Christmas Turkey Strip Pie, Roasted Christmas Lamb Rack dan Roasted Giant Chicken.
- Foto – Le Meridien Putrajaya
Di kaunter pencuci mulut pula, jangan lepaskan peluang untuk menikmati keseluruhan kek buah-buahan, Christmas Log Yule, puding, Stollen Gingerbread dan banyak lagi!
- Foto – Le Meridien Putrajaya
Khasnya untuk malam Krismas dan Hari Krismas, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan kumpulan semasa makan.
- Foto – Le Meridien Putrajaya
Selain daripada hidangan utama Hari Krismas, kamu juga boleh menikmati pelbagai hidangan dari kaunter Jepun (sashimi, sushi pulau), Barat, Tempatan dan Cina, India, salad segar, pembuka selera serta pencuci mulut.
- Foto – Le Meridien Putrajaya
Istimewanya untuk sambutan Krismas kali ini, Le Meridien Putrajaya telah bekerjasama dengan Evian, menyediakan minuman mocktail yang khas ketika bufet makan malam Krismas, bufet makan tengahari Krismas dan bufet makan malam Tahun Baru.
Perayaan akan bermula pada pukul 3 petang di mana semua tetamu biilik boleh menikmati Welcome Hi-Tea dengan Evian Mocktail dan hiburan lain. Manakala bufet makan malam Krismas bermula pada 6:30 petang hingga 10 malam.
Senarai Harga Bufet Krismas & Tahun Baru:
# Latest Recipe
1. Bufet Makan Malam Krismas (24 Disember 2023)
- Dewasa: RM258 nett
- Kanak-kanak: RM129 nett
2. Bufet Makan Tengahari Krismas (25 Disember 2023)
- Dewasa: RM218 nett
- Kanak-kanak: RM109 nett
3. Bufet Malam Tahun Baru (31 Disember 2023)
- Dewasa: RM288 nett
- Kanak-kanak: RM144 nett
4. Bufet Makan Tengahari Tahun Baru (1 Januari 2024)
- Dewasa: RM218 nett
- Kanak-kanak: RM109 nett
# Le Mei
1. Set Makan Malam Krismas (24 Disember 2023)
- RM258 nett seorang (minimum 4 orang)
Kumpul mata sebagai ahli Marriott Banvoy, dan nikmati diskaun pilihan yang tersedia untuk pemegang kad debit atau kad kredit bank terpilih (tertakluk pada terma & syarat).
Untuk maklumat lanjut atau tempahan, hubungi +603 85689 6888 atau e-mel ke dining.lmputrajaya@lemeridien.com.