Sementara tahun 2023 hampir melabuh tirai. Kemaskini tentang dunia fesyen dan kecantikan dikhabarkan dengan kenyataan rasmi Pantone’s Color Institute. Warna Peach Fuzz ditabalkan sebagai warna untuk tahun baru 2024.
Peach Fuzz satu rona yang menyegarkan dan pada yang sama mententeramkan serta elegan. Ia juga menawarkan aura keremajaan dan tidak tenggelam dek zaman. Senang kata, warna Peach Fuzz sebuah warna membangkitkan keselesaan.
Menarik lagi, sekali dipandang Peach Fuzz mudah digayakan untuk perhiasan rumah, solekan dan fesyen pakaian.
Jika dilihat pada industri kecantikan, warna pic sudah sinonim pada produk bibir dan wajah. Ia sesuai untuk semua tona kulit. Ia membangkitkan kelembutan, elegan dan sering digunakan untuk teknik solekan semulajadi.
Pilihan warna Peach Fuzz pasti menjadi strong statement pada jenama-jenama fesyen akan datang. Tidak pada warna, haruman pic turut dijadikan sebagai warna kesegaran dan manis.
Jadi dengan khabar ini, bolehlah pembaca DIVA siap sedia dengan rona Peach Fuzz di almari dan meja solek.