Gara-gara AI-generated kini sudah ramai yang mula merealisasikan angan-angan dengan menggunakan teknologi ini. Dunia fesyen tidak terlepas dengan pelbagai rekaan luar biasa yang memberi peluang peminat mengolah gaya untuk jenama kegemaran mereka.
Jenama beg tangan terkemuka Hermes jadi heboh baru-baru ini. Pelbagai gambar beg tangan Hermes Birkin dalam versi LEGO disebarkan. Ia membuatkan ramai peminat fesyen, termasuklah LEGO enthusiasts tidak keruan!
Bayangkan anda boleh membina sendiri Hermes Birkin dirumah. Menariknya lagi, ramai dikalangan netizen juga teruja dengan lego yang berkaitan dengan fesyen. Ia menghubungkan dua kaedah kreativiti bukan sahaja pada fesyen malah LEGO.
DIVA juga percaya, cara LEGO ini juga mampu melibatkan pembuatan fesyen dalam bentuk blok. Maksud disini ialah mencipta draf-draf rekaan dengan blok LEGO. Bukan lagi sekadar lakaran di kertas atau komputer.
Bukan itu sahaja, set LEGO Birkin dan mana-mana jenama beg lain boleh dijadikan sebagai collector items. Mungkin, mungkin ia akan membawa nilai pada masa akan datang. Tunggu sahaja angan-angan jadi kenyataan.
Jika betul LEGO mengeluarkan set Hermes Birkin, adakah pembaca DIVA ingin mendapatkannya?