Agak lama Dolce & Gabbana mendiamkan diri dari industri kecantikan. Ya, ramai yang tidak tahu jenama D&G ini juga mempunyai beberapa produk solekan selain minyak wangi. Ia agak kurang dikenali mungkin kerana lebih banyak lagi jenama dan produk kecantikan yang lebih menarik perhatian.
Jika jenama fesyen lain sibuk membikin koleksi pakaian bermusim. Berlainan dengan Dolce & Gabbana, ia mempamerkan koleksi kecantikan dengan 12 produk yang diberi nama “Devotion”. Koleksi ini mempunyai bingkisan maskara, bedak muka dan sembilan lip matte. Logo pada setiap produk pula diilhamkan dari ikonik Scared Heart iaitu koleksi pertama D&G.
- Devotion Mascara Extreme Volume [RM163]
Formula maskara dan berus yang memberi efek bulu mata tebal dan lentik. Ia boleh bertahan sehingga 36 jam dan melentik sehingga 205%! Bahkan maskara ini juga dititiskan kebaikan Calabrian Orange from Italy untuk melindungi setiap helaian bulu mata. Maskara terbaru dari Dolce & Gabbana ini juga boleh merawat dan menguatkan bulu mata dari manfaat D-Panthenol.
- Devotion Illuminating Face Powder [RM270]
Serikan wajah kamu dengan bedak halus kilatan yang mengilas cahaya diwajahmu selama 16 jam. Ia bedak satu rona yang sesuai untuk semua tona kulit dan tugas utamanya untuk membikin kulit kamu kelihatan segar-bugar dan sihat.
- Devotion Liquid Lipstick in Mousse [RM191]
Sekali pandang, sudah tahu betapa high-intense pigmen pada sembilan warna lip matte koleksi Devotion kali ini. Malah ia mampu kekal pada bibir selama 16 jam tanpa mengeringkan bibir. Formulasi yang ringan dan selesa dibantu oleh bahan aktif iaitu Avocado Italy untuk tekstur lip matte kekal lembab pada bibir.
DIVA memang kagum sangat dengan packaging Dolce & Gabbana kali ini. Hati terusik umpama melihat karya agung seni Itali. Apa pendapat kamu tentang hasil terbaru Dolce & Gabbana kali ini?