Nampaknya tuah Kim Kardashian masih lagi kuat dan menyala, apabila dia mengumumkan kolaborasi Skims bersama Swarovski baru-baru ini. Seperti yang kita tahu jenama shapewear miliknya, Skims telah menjadi pelopor dalam kategori pakaian dalaman. Kini dikatakan jenama tersebut bernilai sekitar $4 bilion ASD.
Bermula dengan pelbagai pilihan warna, saiz dan potongan shapewear. Skims mengorak langkah dengan menjadi shapewear lebih unik, menarik dan menyeronokkan. Kolaborasi bersama jenama aksesori terkemuka asal Austria, Swarovski menjadi satu kilauan terbaik buat Skims dan Kim Kardashian.
Koleksi ini mempunyai empat variasi fesyen dan gaya. Antaranya Cotton Rib, Jelly Sheer, Strect Net dan Accessories. Apa yang menarik perhatian DIVA, tanda harga tidaklah terlalu mahal. Bermula dari RM400 sehingga RM5000, kecuali pada aksesori paling mahal iaitu dengan harga menjangkau RM16,000.
Pasti pembaca tidak berjaya body accessories Swarovski x Skims ada yang dijual pada harga bawah RM1000. Tidak dapat DIVA nafikan, rekaan dan perincian pada batu-batu Swarovski itu cukup menawan. Sudah tentu akan menaikkan lagi kemewahan dan keanggunan pada outfit kamu.
- Swarovski x Skims X Body Chain [RM565]
- Swarovski x Skims Y Body Chain [RM795]
- Swarovski x Skims V Body Chain [RM895]
- Swarovski x Skims Belly Chain [RM995]
Apa pendapat kamu tentang koleksi ini? Wow atau meh?