DIVA suka sangat dengan strawberry makeup yang dikongsikan oleh Hailey Bieber di TikTok miliknya. Sejujurnya, hasil mekap sebegini membuatkan si pemakai nampak lebih manja dan sweet sangat!
Info untuk kamu, strawberry makeup ini terdiri daripada perincian warna kemerah-merahan di sekitar pipi. Dipadankan pula dengan freckles (asli atau palsu), memang nampak makin glowing lah wajah.
Sekiranya kamu berminat dan mahu mencuba-cuba lakukan strawberry makeup oleh Hailey Bieber ini, DIVA kongsikan beberapa langkah yang mudah untuk kamu diikuti. Bermula daripada…
- Foto – @haileybieber (TikTok)
1. Pertama sekali prep kulit wajah kamu. Pastikan asas rutin penjagaan wajah kamu kuat kerana mekap ini memerlukan kulit yang terhidrasi dengan baik. Barulah hasilnya menampakkan wajah makin glowing dan sihat, malah solekan pun boleh tahan dengan lebih lama.
2. Langkah kedua, bentukkan kening untuk kelihatan lebih semula jadi. Saranan DIVA, berus kening kamu menggunakan spoolie ke arah atas. Jika kening tak tebal, cuba isikan ruangan yang jarang dengan melukis secata layang-layang.
3. Kemudian sapukan wajah dengan foundation. Pastikan kamu pilih foundation yang bertekstur ringan dan coverage pula medium supaya nampak lebih semula jadi.
- Foto – @haileybieber (TikTok)
4. Untuk bronzer pula, DIVA syorkan kamu pilih jenis berkrim untuk tahan lebih lama. Sapukan cream bronzer di sekitar tulang pipi, hidung dan dahi. Blend menggunakan berus.
5. Sekiranya wajah mempunyai cela seperti parut jerawat, eye bag dan sebagainya, gunakan concealer. Tip DIVA, letakkan concealer di kawasan tertentu dan blend menggunakan jari atau span.
6. Selepas itu, blush pula pastikan pilih rona merah jambu. Sapukan blush di atas pipi dan sekitar hidung. Pastikan blend menggunakan jari untuk nampak lebih semula jadi. Highlighter pula disyorkan menggunakan rona ala-ala peach untuk berikan kesan glowing di sekitar pipi.
- Foto – @haileybieber (TikTok)
7. Jika kamu tidak mempunyai freckles, DIVA syorkan untuk kamu ciptanya sendiri. Caranya ambil eyeliner berona coklat dan titik secara layang-layang di sekitar pipi dan hidung.
8. Jangan lupa untuk letakkan eyeshadow, eyeliner dan juga mascara di bahagian mata. DIVA sarankan guna warna coklat untuk kesan semula jadi.
9. Akhir sekali, pilih gincu yang sama warna dengan blush kamu. Lengkapkan penampilan kamu dengan sapuan lipgloss untuk berikan kesan mungil dan berkilat pada bibir.
@haileybieber Everday Strawberry Makeup 🍓💋
Selamat mencuba!