Bersempena dengan sambutan Hari Penjagaan Diri Antarabangsa (International Self-Care Day) yang jatuh pada 24 Julai 2023, DIVA syorkan kamu untuk manjakan diri dengan pilihan wangian yang terbaik!
Dengan mencium bau-bauan tertentu, kamu akan ingat semula memori yang mencetuskan kegembiraan dan kebahagiaan. Bukan itu saja, bau wangian ini juga boleh menenangkan deria dan menceriakan hari kamu.
Sekiranya kamu mahu menyambut Hari Penjagaan Diri Antarabangsa akan datang, manjakan diri dengan wangian yang terbaik berikut untuk meningkatkan mood sambil mencintai diri kamu dengan lebih baik.
#1 PENHALIGON’S Highgrove Bouquet EDP [RM950/100ml]
- Foto – Penhaligon’s
- Nota atas: Geranium, Lavender, Hyacinth
- Nota tengah: Weeping Lime Headspace, French Mimosa, Tuberose
- Nota asas: Cedarwood, Orris Fusion, Musks
Diinspirasikan dan dicipta bersama Raja Charles III, wangian Highgrove Bouquet EDP ini terkenal untuk menaikkan mood dan menyegarkan semula persekitarannya. Malah hyacinth menggalakkan rasa tenang, pembaharuan dan kecergasan, menjadikan ia pilihan wangian yang sempurna.
#2 PACO RABANNE Invictus Victory Elixir [RM730/200ml]
- Foto – Paco Rabanne
- Nota atas: Lavandin, Cardamom, Black Pepper
- Nota tengah: Incense, Patchoulli
- Nota asas: Vanilla, Tonka Bean
Wangian ikonik untuk lelaki ini adalah ekspresi kemenangan yang muktamad iaitu “Jangan berhenti untuk menang”. Invictus Victory Elixir yang baru ini dibuat untuk menolak kemenangan melebihi had dan merangkul detik keabadian.
#3 CAROLINA HERRERA’S Good Girl Blush EDP [RM627/80ml]
- Foto – Carolina Herrera’s
- Nota atas: Italian Bergamot, Mandarin, Almond Oil
- Nota tengah: Ylang Ylang, Upcycled Rose Oil
- Nota asas: Vanilla, Tonka Bean
Wangian ini adalah bauan berani yang membentuk ekspresi serbuk unik bunga kewanitaan. Ia adalah ungkapan harum dunia dalaman yang dibawa oleh setiap wanita dalam dirinya; keupayaan untuk menjadi sensual dan kuat, naluri dan pintar, romatis dan diperkasakan secara serentak.
#4 PACO RABANNE Lady Million Royal EDP [RM524/80ml]
- Foto – Paco Rabanne
- Nota atas: Pomegrante, Mandarin
- Nota tengah: Orange Blossom, Jasmine, Tuberose
- Nota asas: Cashmeran, Patchoulli, Musk
Lady Million Royal adalah wangian yang direka untuk menangkap intipati kewanitaan yang mencabar iaitu hidup dengan berani, sebagai diri kamu yang unik. Wangian ini juga menggambarkan wanita yang memerintah dengan bebas dan menyatakan dirinya tanpa kekangan.
Ekspresikan dan cintai diri kamu bermula daripada pilihan wangian terbaik!