DIVA yakin setiap hari pasti ada wanita yang struggle mencari produk mekap yang sesuai untuk dipakai di bawah cuaca panas seperti Malaysia.
Mana taknya, bila cuaca panas sudah semestinya kita memerlukan produk yang dapat bertahan lama, tak mudah cair dan boleh kekal “fresh” sepanjang hari.
Tanpa membuang masa, DIVA sarankan untuk kamu dapatkan kit Summer Essential daripada Nudestix. Kit ini bukan sahaja boleh melindungi kulit wajah, tetapi mampu juga meningkatkan kecantikan semula jadi kamu dengan mudah.
Dalam kit ini ada lima “hot” item yang boleh bantu kamu kecapi mekap tahan lama, fresh dan tak mudah bercapuk walaupun berada terlalu lama di bawah matahari!
1. Nudescreen Mineral Veil SPF 30
- Foto – Nudestix
Tinted moisturizer yang ringan ini menawarkan pertahan UVA/UVB spektrum yang luas. Dapatkan kulit wajah yang sempurna sambil melindunginya daripada sinaran matahari, cahaya biru serta tanda-tanda penuaan pramatang yang boleh dilihat pada musim panas ini!
2. Nudescreen Lip Primer SPF 30
- Foto – Nudestix
“Multi-tasking”- Asas bibir dan primer ini melindungi bibir daripada kekeringan hingga ke sinaran UVA/UVB. Apa yang menarik, lip primer ini dapat mengurangkan tanda penuaan di bibir sambil mencipta kanvas licin untuk kamu sapukan lipstik kegemaran.
3. Nudestix Nudies – Rangkaian Sunkissed
- Foto – Nudestix
Capai hasil sun-kissed dengan menggunakan stick serba boleh daripada rangkaian Sunkissed. Stick berkrim ini kamu boleh pakai di pipi sebagai blush, bibir sebagai lipstik dan mata sebagai eyeshadow.
4. Nudestix Lip Pencil – Rangkaian Sunkissed
- Foto – Nudestix
Lip pencil matte berkrim ini meningkatkan kecantikan semula jadi bibir kamu dan memberikan warna yang tahan lama. Sama ada pilih rupa sublte nude atau bold statements, lip pencil ini akan menjadi keperluan bibir musim panas kamu.
5. Blot & Blur Primer
- Foto – Nudestix
Muka berkilat? Ucap selamat tinggal dengan menggunakan Blot & Blur Primer Nudestix ini. Primer yang ringan ini meminimumkan penampilan pori dan garis halus sambil menawarkan hasil kulit yang licin untuk mekap. Yang bestnya, primer ini dapat membantu mengawal minyak berlebihan di wajah tau!
Berminat untuk dapatkan kelima-lima “hot” item ini, dapatkan segera di Sephora, dalam aplikasi atau di [WEB]. Selamat membeli!