Seiring dengan bertambahnya usia, kita tidak dapat lari daripada terasa penat dan lelah dalam melakukan tugasan harian. Okay, untuk individu yang bekerja 9-6 setiap hari, mereka perlu bangun awal, sibuk bekerja dan malam pulang ke rumah dalam keadaan tertekan. Jadi, masa untuk menjaga diri agak sulit.
Disebabkan itu, penting untuk kamu mengamalkan gaya hidup sihat. Anlene menggalakkan rakyat Malaysia untuk melawan stereotaip serta bergerak secara aktif untuk menjalani kehidupan sepenuhnya, walaupun semakin berusia. Dan Michelle Yeoh sedia membantu kamu semua.!
- Foto – CNA Lifestyle
Merupakan penyokong setia, Michelle Yeoh kembali dengan kempen bersama Anlene setelah lebih sedekad. Yeoh bersedia memainkan peranannya sebagai duta jenama untuk kempen #PergerakanTanpaBatasan Anlene yang menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengatasi batasan fizikal dan mental dengan kekal aktif.
Lemah, sakit, kurang bergerak, dan tertekan, adalah persepsi umum terhadap orang yang lebih berusia. Kitaran stereotaip yang melulu ini menjadi lebih teruk disebabkan oleh pemikiran orang tua yang tidak mampu mencapai sebarang matlamat hidup disebabkan oleh idea-idea penuaan yang telah tersemai sebelumnya.
Jadi, bagaimana Anlene dapat membantu?
- Foto – Anlene
Anlene akan mengadaka roadshow di seluruh negara untuk menggalakkan rakyat Malaysia agar lebih banyak bergerak sambil menjaga kesihatan tulang mereka. Roadshow bermula di Vivacity Megamall, Kuching, Sarawak pada 25-27 November dan seterusnya di bandar lain.
Di sini orang ramai berpeluang untuk menjalani ujian kekuatan tulang dan otot secara PERCUMA bernilai RM150, dan untuk memastikan agar kita terus meningkatkan ukuran mobiliti secara menyeluruh.
Ketahui roadshow akan datang berhampiran anda di www.anlene.com.