Selepas Louis Vuitton, nampaknya aktres India tersohor Deepika Padukone terus membina portfolio yang kukuh. Terkini, dia dipilih menjadi duta yang baru untuk jenama barangan kemas Cartier.
Menurut kenyataan akhbar, Cartier dengan sukacitanya mengumumkan aktres and penerbit India, Deepika Padukone sebagai duta terbaru mereka. Cartier menjelaskan Deepika Padukone ialah suara global yang kekal teguh pada akarnya, sentiasa mengimbangi kemodenan dan tradisi.
- Foto – Cartier
Dermawan dan usahawan yang lantang bersuara itu juga mengasaskan Yayasan Live Love Laugh, sebuah yayasan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental dan penyakit di India.
“Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan Deepika Padukone ke dalam komuniti kami yang mempunyai bakat luar biasa ini. Sebagai pelakon yang memberi inspirasi dan dermawan yang komited, Deepika merangkumi semangat dan nilai Maison dalam meraikan kreativiti, kesejagatan dan pemikiran terbuka,” kata Arnaud Carrez, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Pemasaran Cartier.
“Adalah satu penghormatan saya untuk menyertai kelvarga Cartier, dan saya berharap dapat bekerjasama dengan sebuah rumah fesyen yang terkenal dengan keabadian dan ikoniknya,” ulas Deepika mengenai pengumuman ini.