Dah cuci muka pun masih terasa kesat, kering, tak bersih, mungkin cara yang kamu lakukan selama ini salah.
Jika kamu bersolek, membersihkan muka dengan betul pada penghujung hari yang panjang adalah penting untuk mengekmalkan kulit yang sihat, tetapi tidak semua amalan menanggalkan solekan berfungsi dengan baik. Dan tak semua makeup remover yang ada di pasaran sesuai dengan kulit kamu.
Pakar dermtologi Lindsey Zubritzky, MD, melalui TikToknya menerangkan bahawa makeup remover jenis wipe hanya akan memburukkan lagi keadaan kulit muka.
@dermguru Theres infinite reasons I despise #MakeupWipes #TikTokTaughtMe #TikTokPartner #MakeupRemoval #SkinTok #DermGuru
“Bukan sahaja tidak baik untuk alam sekitar, tetapi ia benar-benar hanya menyapu solekan dan sebenarnya tidak membersihkan kulit kamu. Bagaimana kulit menjadi merah kerana terpaksa mengelap muka secara agresif bagi menanggalkan solekan.
Jadi, cara yang bagaimana untuk menanggalkan solekan dan seterusnya mencuci muka?
Cleansing oil, balm atau micellar water
“Saya sentiasa mengesyorkan double cleansing jika kamu bersolek tebal, supaya kamu boleh menggunakan cleansing oil atau micellar water, atau juga balm untuk langkah yang pertama.
Ia bagi memastikan solekan kamu dapat ditanggalkan dengan betul, malah ketiga formula ini sangat lembut dan ringan untuk kulit.
Selesaikan dengan gentle cleanser
Tidak kisah apa jenama yang kamu gunakan, tetapi pastikan ia adalah lembut dan selesa bila dipakai. Dr. Zubritsky menggunakan CeraVe Hydrating Facial Cleanser. Ia adalah pencuci muka yang tidak berbuih yang dibuat dengan asid hyaluronik, ceramide dan gliserin untuk menjadikan wajah kamu bersih dan terhidrat.
Setiap orang ada cara masing-masing untuk mencuci muka, tetapi 2 peraturan di atas paling basic untuk kulit yang sihat.