Pengaruh budaya Jepun cukup luas bukan dari segi etika kehidupan masyarakatnya. Malah penglibatan dalam dunia seni dan fesyen tradisionalnya.
Kehalusan dan keunikan budaya Jepun membuatkan ramai yang jatuh hati dan menjadi ilham dari pelbagai sudut bidang. Dunia fesyen tidak terlepas dari mengambil potongan rekaan pakaian, cetakan dan pelbagai lagi dari elemen tradisional Jepun.
Mungkin ada beberapa koleksi yang kita terlepas pandang dari jenama-jenama dibawah. Jom lihat!
#1 Givenchy Spring 2019 Pre-Collection
Hasil nukilan pereka fesyen, Clare Waight Keller yang mengetengahkan konsep Jepun di dalam koleksi sportsline beliau pada tahun 2019. Beliau banyak menggunakan fabrik dan warna yang memberi gambaran budaya negara matahari terbit itu.
#2 Louis Vuitton x Nigo ‘LV²’
Merupakan kolaborasi Louis Vuitton dan pereka fesyen Jepun, Nigo Bape. Koleksi Louis Vuitton x Nigo ‘LV²’ meriah dengan kepelbagaian cetusan idea dari penyatuan fesyen timur dan barat. Item paling menarik dalam koleksi ini ialah beg tangan denim yang diolah mengikut simpulan ‘furoshiki’. Iaitu kain tradisional Jepun yang disimpul untuk membungkus hadiah.
#3 Balenciaga AW19
Antara koleksi jaket lama dari tahun 2019 Balenciaga. Jaket aura street style yang diilhamkan dari konsep yakuta. Katanya, jaket dah sold out dimana-mana!
#4 Kenzo ‘limited edition’ Akae Tiger
Koleksi baharu tahun ini dari Kenzo sudah pasti menggunakan eleman corak dan inspirasi fauna dari negara asalnya. Figura harimau Akae mengikut illustrasi lukisan dakwat Jepun yang cukup eksklusif.
#5 Issey Miyake Autumn Winter 2022/23
Jenama asal Jepun ini cukup gah membawa ilham ‘shibori zome’ iaitu teknik tie-dye negara tersebut. Pilihan warna-warna lembut pastel cukup kontra dengan corak-corak celup yang unik dan mempunyai identiti tersendiri.
Antara lima diatas yang mana anda vote paling serasi sekali dengan ilham fesyen Jepun? Kongsikan dengan DIVA!