“Ada masa maskara menjadi serta nampak cantik sangat! Tapi ada masanya jadi terlampau comot macam mata panda hingga rosak mekap.”- Pernah tak kamu alami situasi berikut?
Kalau tanya DIVA, memang tiada mood langsung. Iyalah nak kena baiki lagi dan silap haribulan kena buat semula mekap kerana comot maskara terkena bahagian wajah yang lain.
Bila maskara tak ‘bekerjasama’ dan jadi comot, DIVA akan lakukan beberapa langkah berikut untuk baikinya semula;
- Ambil putik kapas dan letakkan sedikit makeup remover di hujungnya.
- Kemudian dab perlahan-lahan putik kapas di kawasan comot. Jangan pula tersampai keluar foundation dan mekap jadi capuk.
- Bila kawasan comot sudah bersih, ambil putik kapas baru dan sapu di bulu mata untuk keringkan.
- Selepas itu lapik bulu mata bawah dengan bedak tabur atau tisu untuk elak maskara jadi comot sekali lagi.
- Ambil maskara dan pastikan tidak hujung berus tidak bergumpal. Jika bergumpal, lap dengan tisu.
- Aplikasikan maskara di bulu mata bermula dari hujung hingga ke bahagian tengah dan dalam mata. Siap!
Selain berjaga-jaga untuk elak maskara jadi comot, DIVA syorkan kamu untuk guna maskara yang paling banyak digunakan oleh mekap artis. Kata mereka maskra ini adalah yang terbaik dan tidak akan comotkan penampilan kamu.
- Too Faced Better Than Sex Mascara buatkan maskara nampak tebal seperti pakai bulu mata palsu. [BELI]
- Pilihan Khir Khalid, Lancome Hypnose Doll Lashes Mascara menjadikan bulu mata lebih lentik daripada biasa. [BELI]
- Benefit They’re Real Mascara mempunyai warna hitam yang pekat sambil melentikkan bulu mata. [BELI]
- Chanel le Volume de Chanel Mascara sesuai untuk mereka yang mahukan bulu mata lentik dan tebal seperti wanita Timur Tengah. [BELI]
Selamat mencuba!