Siapa yang tidak meminati Lady Gaga? Ikon versatile yang hebat di layar perak mahupun dunia nyanyian, setiap kerjanya diiktiraf dan disegani.
Hebat juga dalam bab berfesyen, setiap kali melangkah keluar dari pintu kereta, atau hotel, mungkin juga restoran, ensemble yang dikenakan memukau dan mengagumkan semua. Dia punya attitude dalam mengenakan sesuatu fesyen, unik tapi kita menyukainya.
Anda juga boleh bergaya seperti Lady Gaga, dengan hanya aksesori sahaja. Pernah dengar nama KOMONO?
- Foto – Komono x Tom Eerebout
KOMONO dengan bangganya mengumumkan kerjasama dengan stylist dan perunding fesyen Belgium Tom Eerebout. Dia dikenali kerana berkejasama dengan Lady Gaga ketika jelajah Joanne dan Las Vegas residencies. Kylie Minogue dan Tyra Banks turut dilihat bekerja dengannya.
Kaca Mata KOMONO x TOM EEREBOUT
Kerjasama itu terdiri daripada kapsul kaca mata yang akan dilancarkan pada penghujung Mac 2022. Untuk usaha pertamanya dalam kaca mata, Tom menyaring estetika glamor permaidani merah ke dalam sepasang bingkai kaca mata yang berbentuk cat eye, yang boleh dipakai oleh lelaki dan wanita.
- Foto – Komono x Tom Eerebout
Diperbuat daripada bahan yang mampan, reka bentuknya kekal abadi namun cukup berbeza serta mampu memberi statement yang unggul.
- Foto – Komono x Tom Eerebout
- Foto – Komono x Tom Eerebout
Berharga RM799, KOMONO x TOM EEREBOUT boleh didapati di Vernakular Store, Time Zone Gallery Ampang, Time Zone IOI City Mall Putrajaya, Time Zone Sogo Kuala Lumpur. Atau dapatkan secara online di www.thewatchlibrary.co, www.timezone.com.my, Lazada, Shopee dan Zalora.