Sungguh menyeronokkan melihat bintang bereksperimen dengan fesyen di karpet merah.
Macam ratu rom-com Sandra Bullock menjadi tumpuan lensa kamera dengan ensemble terhebat. Permainan gaun ropol merah jambu, jaket crop top dan but paras lutut, semuanya kelihatan mega sekali.
- Foto – Getty
Sandra Bullock menghadiri tayangan perdana The Lost City dalam gaun ruffles Elie Saab merah jambu romantis dari koleksi couture musim bunga 2022. Padanan unik gaun bila bahagian atas dipakai jaket crop top dan but kulit paras lutut yang memberi statement pada penampilan itu.
- Foto – Getty
Wanita ini lengkapkan dengan solekan smokey dan rambut dibiarkan kemas terletak lurus begitu sahaja.
Pendekatan yang agak berisiko ini membuat mata-mata dunia tertumpu kepadanya. Yang pasti Sandra Bullock seronok dan bangga bereksperimen dengan penampilan yang high-fashion.