Kamu kehabisan idea untuk menggoda si dia?
Jangan risau kerana apa kata kamu cuba gunakan rangkaian wangian terbaru BOSS iaitu The Scent sebagai solusi.
Melalui rangkaian wangian khas dikeluarkan untuk lelaki dan wanita, si dia pasti teruja berada bersama dengan kamu selepas menghidu bauan ini.
Khas Untuk Si Jejaka
Menawarkan signature ikonik BOSS The Scent, wangian untuk si jejaka yang dibintangi oleh Jacob Elordi memberi tafsiran tentang iris dan sentuhan kulit yang menggoda.
Dibuka dengan bauan halia afrodiasiak dan nota buah Manika, wangian ini berbau sangat menggoda dan maskulin. Wangian ini dibungkus dalam botol kelabu tua dan kemasan emas yang membawa godaan ke dimensi baru.
[Harga: RM328 (50ml) | RM436(100ml)]
Khas Untuk Si Wanita
Manakala wangian untuk si wanita yang dibintangi oleh Laura Harrier, BOSS The Scent Le Parfum For Her mempunyai wangian nota atas pedas lada merah. Wangian ini kemudian dikuatkan lagi dengan dos bunga oren dan vetiver yang kuat, dipadankan dengan Akigalawood.
Dihadirkan dalam botol kaca berona plum dan kemasan emas, wangian ini memberi ‘kuasa’ feminin dan berani pada si wanita.
[ Harga: RM325 (30ml) | RM345 (50ml)]
Kepekatan wangian 18% untuk si jejaka dan 20% untuk si wanita, kedua-dua wangian ini menawarkan intepretasi tinggi terhadap bauan asli untuk tinggalkan kesan yang kekal. Wangian BOSS The Scent Le Parfum kini boleh didapati di Sephora dan butik terpilih..