Walaupun sibuk dalam persiapan perkahwinannya, aktres Son Ye Jin masih lagi sempat menjalankan pengambaraan K-Drama terbaru iaitu “Thirty Nine“.
Dalam K-Drama tersebut, Son Ye Jin memegang watak ‘Cha Mi Jo’ iaitu sebagai seorang doktor. Selain watak pekerjaannya yang popular itu, ramai yang tertarik dengan fesyennya.
Boleh dikatakan setiap episod dia akan memakai pakaian atau aksesori daripada jenama mewah iaitu Valentino. Tertanya-tanya bagaimanakah fesyennya dalam “Thirty Nine“?
#1 Padankan Gaya Klasik Dengan Beg Tangan
Mengenakan tweed crop jacket dan skirt berwarna hitam dan putih, Son Ye Jin memadankan gaya klasiknya dengan beg tangan Valentino iaitu VSLING tote bag [BELI] bersaiz kecil.
#2 Gaya Chic Dengan Trench Coat Berona Beige
Untuk gaya chic dan santai, Son Ye Jin padankan trench coat berona beige [BELI] dengan pleated skirt bermotifkan corak rama-rama [BELI] daripada Valentino.
#3 Ringkas Tapi Bergaya
Bergaya ringkas dengan pakaian hitam putih, Son Ye Jin memberi sentuhan pada fesyennya itu dengan shoulder bag yang dihiaskan dengan kancing [BELI] daripada Valentino.
#4 Gaun Putih Bertali Pinggang Serlahkan Sisi Ayu
Nampak sangat ayu dan manis bila Son Ye Jin mengenakan gaun putihnya. Tapi kali ini, gaun putihnya berpotongan fit-and-flare itu mempunyai tali pinggang berlogo Valentino [BELI].
#5 Serba Serbi Valentino
Setiap pakaiannya merupakan item daripada jenama Valentino. Daripada blazer [BELI], pussy-bow collar silk shirt [BELI], tweed mini skirt [BELI] hinggalah ke beg tangan [BELI].
Bila orangnya sudah sedia maklum cantik, gayakan apa-apa sahaja memang akan menjadi lebih cantik kan?