Bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac 2022, Signature Market bekerjasama dengan tiga jenama iaitu llao llao, Juice Works dan The Fish Bowl.
Kerjasama antara jenama ini dilakukan untuk melancarkan kotak hadiah eksklusif bagi kempen #SMCelebratesWomen. Kempen ini diadakan bertujuan untuk menghormati dan meraikan wanita yang telah memberi inspirasi.
“Di Signature Market, kami sentiasa percaya dalam memberikan impak positif kepada masyarakat melalui pendidikan. Menerusi kotak hadiah istimewa ini, kami berharap dapat mengingatkan pengguna bahawa setiap orang adalah sama cantik dengan cara mereka sendiri. Dan penjagaan diri adalah perlu untuk kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan,” kata Rachel Saw, Pengurus Pemasaran Signature Market.
Untuk kotak hadiah Dear Self Signature Market ini, anda boleh dapatkannya dengan harga RM65 sahaja. Dalam kotak ini terdapat baucer daripada Juice Works, llao llao dan The Fish Bowl yang disertakan dengan pelbagai snek terlaris Signature Market.
Item Dalam Kotak Dear Self Signature Market (RM65):
- 1x Baucer Juice Works – Water Berry (Saiz Power)
- 1x Baucer llao llao – Saiz sederhana dengan 3 toppings
- 1x Baucer The Fish Bowl – Saiz standard mangkuk ayam
- 1x Campuran kacang klasik (25g)
- 1x Mentega kacang chunky (Bebas gula & garam) (100g)
- 1x Omega-3 Trail Mix (25g)
- 1x Low Carb Mix (25g)
- 1x Set kutleri gandum
- 1x Kerepek Rumpai Laut Pedas (65g)
Untuk maklumat lanjut, layari Signature Market di laman web rasmi, Instagram, Facebook dan YouTube.